fbpx
Anwar ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid di Seksyen 2, Wangsa Maju di ibu negara hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Semua perolehan ATM, PDRM terkait isu rasuah dibeku sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Semua keputusan perolehan membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan yang terkait dengan isu rasuah dibekukan sementara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembekuan itu dilaksanakan oleh kerajaan sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Menurut beliau, kerajaan melalui kementerian terlibat malah akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.

“Saya berterima kasih kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin atas kenyataan yang sangat jelas berkenaan perkara ini.

“Kita ambil perhatian dan menunggu laporan untuk meneliti sebarang kelompongan atau kelemahan dalam sistem perolehan,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa makan tengah hari bersama masyarakat di Restoran Salai-Salai di Taman Sri Rampai di sini sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Ketibaan beliau kira-kira pukul 1 tengah hari disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih mesra dengan nama Altimet.

Turut hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah pengarah dan pelakon terkenal yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI