fbpx
Wan Rosdy (tengah) ketika menghadiri Persidangan PAU 2025 di Dewan Merdeka, WTCKL hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

‘Rumah Bangsa’ kuatkan UMNO, negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa memudahkan proses penyatuan dan pengukuhan UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia adalah proses biasa yang perlu dilalui pihak yang berhasrat untuk kembali.

“UMNO alu-alukan dan terbuka (terima bekas pemimpin dan ahli) ke ‘Rumah Bangsa’. Ia akan menguatkan lagi UMNO, Melayu, Islam dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, bekas pemimpin dan ahli UMNO yang pernah meninggalkan parti itu berpeluang kembali menyertai perti berkenaan menerusi penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata, jawatankuasa berkenaan berperanan sebagai platform rasmi menerima kemasukan semula ahli secara individu mahupun secara berkumpulan.

Pengumuman beliau itu turut mendapat sokongan dan tepukan gemuruh para perwakilan yang bersetuju dengan usaha berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN