fbpx
SEORANG pelanggan wanita (kiri) mendakwa terdapat cacing pada hidangan pastanya. - Foto 44CATT/TIKTOK

Pelanggan dakwa jumpa cacing dalam hidangan pasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang pengguna platorm TikTok bimbang selepas menemui objek menyerupai seekor cacing dalam pinggan hidangan pastanya yang hampir habis dimakan, lapor portal berita Stomp hari ini.

Namun, pihak restoran kemudian mendakwa objek itu sebenarnya udang goreng dan merupakan sebahagian daripada ramuan hidangan tersebut.

Dalam rakaman video yang dimuat naik pada 12 Januari lalu, pelanggan wanita itu berkata, dia yakin objek ditemui ialah cacing dan mempersoalkan sama ada restoran tersebut cuba untuk memanipulasi dirinya.

Dalam videonya, pelanggan itu menceritakan bagaimana dia menyedari objek menyerupai cacing itu dan segera memaklumkannya kepada pelayan.

Pelayan itu mendakwa objek tersebut datang daripada sayur dalam hidangan berkenaan menyebabkan pelanggan tersebut membalas dengan bertanya: “Ada sayur ke?”

Pelayan itu kemudian kembali bersama seorang kakitangan dapur, yang menjelaskan bahawa objek tersebut bukan cacing, sebaliknya udang goreng. 

Walaupun begitu, pihak restoran tetap menggantikan hidangannya dengan pasta baharu.

“Betul ke ini udang goreng?” soal pengguna itu dalam hantarannya di media sosial. 

Dia turut berkongsi perbandingan sebelah-menyebelah antara objek menyerupai cacing tersebut dan udang goreng daripada hidangan itu, sambil menekankan perbezaan yang jelas berdasarkan  pandangannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI