fbpx
DarIPADA pempengaruh menjadi pelakon dan kini penyanyi, Farihin Arnia menyifatkan perjalanan juga kebetulan yang berlaku dalam perjalanan awal seni itu sebuah ‘struggle’ yang tidak diketahui banyak orang. – IQBAL ROSLI

‘Lagu, nyanyian jadi runut bunyi, peluang yang sangat besar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MULA mencipta nama sebagai pempengaruh media sosial, seterusnya melebarkan sayap sebagai pelakon dan kini, Farihin Arnia mencatat satu lagi pencapaian dalam kerjaya seninya apabila tampil sebagai penyanyi dengan lagu berjudul Jatuh Bangun.

Menariknya, lagu tersebut turut dipilih menjadi runut bunyi (OST) siri terbaharu Viu Originals berjudul Kelas Belakang yang turut dibintanginya.

Pada awalnya lagu tersebut hanya dicipta dalam beberapa rangkap ringkas untuk digunakan dalam sebuah babak drama berkenaan.
Namun, hasil kreativiti lelaki berusia 25 tahun itu akhirnya berkembang menjadi sebuah lagu penuh sehingga berjaya menambat hati pengarah dan pihak Viu untuk dijadikan OST rasmi.

“Sebenarnya tak sangka lagu saya, Jatuh Bangun dijadikan lagu runut bunyi bagi Kelas Belakang. Dalam drama ini ada satu episod yang menceritakan watak saya, Johan membuat lagunya sendiri.

“Saya memang kena buat lagu itu dan saya dengarkan pada pengarah, Abang Labu. Saya tulis lagu dan lirik sendiri sepanjang penggambaran drama ini.

“Kemudian pihak penerbitan menyatakan minat untuk jadikan lagu itu sebagai runut bunyi kerana bagi mereka lagu saya seronok.

“Bila orang berikan saya peluang, saya buat sehabis baik dan jika ada peluang lagi untuk saya buat lagu, saya terima,” katanya kepada HibGlam.

Pertama kali menulis lagu, pelakon drama Putri & Phrince itu berani menyahut cabaran tersebut kerana menganggap sebagai satu peluang berharga dalam karier seninya.

“Saya tak pernah ada pengalaman menulis lagu, ini pertama kali. Saya hanya diberikan skrip dalam bentuk luahan hati cumanya saya tak pandai buat ‘beat’ sendiri.

“Ketika itu, saya tak tahu lagu itu menjadi OST tetapi saya dapat bantuan daripada komposer, Killa Driz, dia susun semula ‘beat’ lagu itu.

“Bila diberikan peluang untuk buat lagu dan menyanyi dan dijadikan sebagai runut bunyi pula, saya rasakan ini peluang yang sangat besar. Saya cuba yang terbaik, memang takut, gementar nak ambil tanggungjawab ini tapi saya mengapa tidak saya terima,” ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan menerima kritikan daripada netizen, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu melihat perkara tersebut sebagai satu bentuk motivasi untuk terus memperbaiki diri.

“Bagi saya kritikan yang diberikan semuanya membina. Kalau orang cakap saya lalui jalan mudah, mereka tak nampak ‘struggle’ (kesusahan) yang pernah saya lalui sebelum ini.

“Ini juga untuk kelangsungan hidup saya,” katanya lagi.

Dalam Kelas Belakang yang ditayangkan bermula 8 Januari lalu, Farihin menggalas watak sebagai Johan.
Selain Farihin, barisan pelakon baharu yang turut membintangi drama tersebut ialah Amylia Aidura, Zairi Aziz, Farihin Arnia, Areef Amran, Faha Azhar, Ryliana Azizan, Arfie Shah dan Myra Afrina.

Kelas Belakang arahan Nurhanisham Muhammad atau dikenali sebagai Labu dan diterbitkan rumah produksi Independent Pictures.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN