fbpx
Gambar hiasan

Johor, Sabah diramal hujan lebat hingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan negeri Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 9 malam ini.

Antara kawasan yang terlibat dalam cuaca buruk di Negeri Sembilan ialah Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala Alor Gajah, Melaka turut terjejas.

“Ribut perit dan hujan lebat dijangka berlaku di Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, Johor.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau),” katanya.

Bagi negeri Sabah, hujan berterusan di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Telupid dan Kinabatangan) termasuk seluruh Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN