fbpx
Asyraf Wajdi ketika menghadiri PAU 2025, di WTCKL semalam. Foto FACEBOOK ASYRAF WAJDI

Jangan jadi penari dalam irama orang lain – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – UMNO diingatkan agar tidak terperangkap dalam kebingitan politik semasa sehingga menjadi ‘penari’ kepada ‘irama’ yang dimainkan oleh pihak lain.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebaliknya, UMNO perlu kekal dengan prinsip, hala tuju dan perjuangan parti itu sendiri.

“Dalam kebingitan politik hari ini, janganlah kita menjadi penari dalam irama yang dimainkan oleh orang lain.
“Biarlah mereka memukul gendang mereka sendiri kerana UMNO punya lagu dan nada yang jauh lebih besar maknanya,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), di sini hari ini.

Tambah beliau, fokus utama parti perlu kembali kepada tugas dan tanggungjawab sebenar serta pencapaian yang telah dilakukan demi kepentingan rakyat.

“Nyanyikanlah kepada rakyat kerja buat kita. Dendangkanlah kepada semua pencapaian kita.

“Dan, pastikanlah rentak kita tidak lain hanyalah demi masa depan agama, bangsa dan negara,” ujarnya.

Beliau juga menggesa supaya seluruh perwakilan ‘keluar’ dari dewan sebagai satu saf UMNO, bersatu pada keputusan, dan berdisiplin dalam tindakan.

“Selagi kita berpaut kepada akar perjuangan yang satu, UMNO akan kekal sebagai perisai rakyat.

“Perjuangan ini tidak bermula dengan kita dan tidak akan berakhir dengan kita. Sejarah belum menutup bukunya dan UMNO belum melipat benderanya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN