fbpx
Tong Hong dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh isteri dan anaknya berumur empat tahun di Mahkamah Majistret, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

[VIDEO] Doktor muda didakwa bunuh isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang doktor muda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk membunuh isteri dan anak tunggalnya berusia empat tahun di sebuah rumah di Bandar Dato’ Onn, di sini hujung tahun lalu.

Tertuduh, Chia Tong Hong, 33, yang bertugas sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik swasta hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Melayu di hadapan tiga majistret.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada pemuda itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Berita lanjut menyusul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN