fbpx

AMTD, Pemilik The Art Newspaper, Lancar Litigasi ke atas INNA BAZHENOVA dan GLEB IBRAGIMOV atas Ugutan, Kepalsuan Niat Jahat, Pecah Amanah serta Kerugian dan Kerosakan Lanjutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS, NEW YORK dan LONDON, 16 Januari 2026 /PRNewswire/ — AMTD Group Inc. ("AMTD Group"), AMTD IDEA Group (NYSE: AMTD; SGX: HKB), AMTD Digital Inc. (NYSE: HKD) dan The Generation Essentials Group ("TGE", NYSE: TGE; LSE: TGE) bersama-sama mengumumkan pelancaran litigasi ke atas Inna Bazhenova dan Gleb Ibragimov atas Ugutan, Kepalsuan Niat Jahat, Pecah Amanah serta Kerugian dan Kerosakan Lanjutan.

Pada tahun 2023, AMTD Group memperoleh The Art Newspaper daripada Cik Inna Bazhenova yang secara peribadi menerbitkan sebuah artikel mengenai kejayaan penyelesaian rundingan berkenaan pada ketika itu: https://www.theartnewspaper.com/2023/10/25/statement-by-inna-bazhenova-publisher-the-art-newspaper. Balasan untuk transaksi berkenaan telahpun dibayar sepenuhnya dan rundingan dimuktamadkan dan diselesaikan sewajarnya.

Balasan tersebut terdiri daripada wang tunai dan saham tertentu dalam syarikat-syarikat tersenarai AMTD Group yang sebahagiannya tertakluk kepada kadar tempoh termeterai ("Saham Termeterai") menurut perjanjian Jual Beli ("Perjanjian").

Sepanjang masa material, Saham Termeterai didaftarkan atas nama Cik Bazhenova dan rakan niaga serta penasihatnya, En. Gleb Ibragimov yang mendapat penguntukan sebahagian daripada saham tersebut oleh Cik Bazhenova.

Sungguhpun demikian, Cik Bazhenova dan En. Ibragimov memulakan tindakan undang-undang di Hong Kong pada 27 Disember 2024, dengan membuat tuntutan tertentu berhubung transaksi berkenaan. Mereka memohon perintah pemeliharaan aset ke atas Saham Termeterai, walaupun terdapat bukti jelas bahawa saham tersebut didaftarkan atas nama mereka, sebagaimana yang disahkan kepada mereka melalui surat daripada pendaftar bebas saham berkenaan.

Pada 20 Jun 2025, Mahkamah Tinggi Hong Kong menolak sepenuhnya permohonan mereka untuk mendapatkan perintah pemeliharaan aset dan mengenakan perintah kos sebanyak HK$773,000 ke atas mereka. Pada 21 November 2025, kesemua tindakan undang-undang mereka telahpun ditolak, dengan kos seluruh tindakan diperintahkan ke atas mereka.

Selanjutnya, pada Januari 2026, En. Ibragimov—mengikut kapasitinya sendiri dan/atau untuk dan bagi pihak Cik Bazhenova—menyampaikan pesanan kepada AMTD Group yang menandakan kesediaan untuk melanggar Perjanjian dan/atau tugas kerahsiaan mereka dengan mendedahkan hal-hal berkaitan dengan Perjanjian berkenaan kepada pihak ketiga, termasuk wartawan, melainkan AMTD Group bersetuju untuk menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan Saham Termeterai yang memihak kepada Cik Bazhenova.

Kelakuan dan tindakan yang dinyatakan di atas telahpun dilaporkan kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang oleh AMTD dan The Art Newspaper. Lantaran perkara yang dinyatakan di atas, AMTD Group mengalami kerugian dan kerosakan.

Justeru itu, sebagaimana yang dinasihatkan oleh Gibson Dunn, AMTD Group segera memulakan tindakan undang-undang ke atas Cik Bazhenova dan En. Ibragimov, selain komited untuk menguatkuasakan hak undang-undangnya ke atas kedua-dua individu berkenaan secara sepenuhnya.

Tambahan pula, AMTD Group ingin mengulang kegigihan dan dedikasi kami dalam memastikan keadilan dan kesaksamaan ditegakkan ke atas mana-mana dan semua pelaku tindakan berniat jahat dan perbuatan menakut-nakutkan terhadap AMTD Group dan syarikat-syarikat serta individu-individu berkaitan dan dalam mendapatkan semua remedi dan penalti yang mungkin terhadap pelaku berniat jahat sedemikian.

Latar Belakang AMTD Group 

AMTD Group ialah konglomerat dengan portfolio perniagaan teras yang merangkumi sektor media dan hiburan, pendidikan dan latihan, serta aset premium dan hospitaliti.

Latar Belakang AMTD IDEA Group 

AMTD IDEA Group (NYSE: AMTD; SGX: HKB) mewakili institusi terpelbagai dan kumpulan penyelesaian digital yang menghubungkan syarikat-syarikat dan para pelabur dengan pasaran global. Perkhidmatan perniagaan sehenti yang komprehensif berserta platform penyelesaian digitalnya memenuhi kehendak perniagaan dan keperluan digital yang pelbagai dan saling berkait daripada pelanggan yang berbeza merentas semua fasa kitaran hayat mereka. AMTD IDEA Group berada pada kedudukan unik sebagai penghubung super aktif antara pelanggan, rakan niaga, syarikat penerima pelaburan dan pelabur, selain menghubungkan Timur dan juga Barat. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.amtdinc.com atau ikuti kami melalui X (dahulunya dikenali sebagai "Twitter") di @AMTDGroup.

Latar Belakang AMTD Digital Inc. 

AMTD Digital Inc. (NYSE: HKD) ialah platform penyelesaian digital komprehensif yang beribu pejabat di Perancis. Platform penyelesaian digital sehentinya mengendalikan jenis perniagaan yang utama termasuk media digital, perkhidmatan kandungan dan pemasaran, pelaburan selain perkhidmatan hospitaliti dan VIP. Untuk mengetahui pengumuman mengenai AMTD Digital, sila kunjungi https://ir.amtdigital.net/investor-news.

Latar Belakang The Generation Essentials Group

The Generation Essentials Group (NYSE: TGE; LSE: TGE), bersama-sama ditubuhkan oleh AMTD Group, AMTD IDEA Group (NYSE: AMTD; SGX: HKB) dan AMTD Digital Inc. (NYSE: HKD), beribu pejabat di Perancis dan memfokuskan pada strategi dan pembangunan global dalam hal ehwal multimedia, hiburan serta budaya di seluruh dunia selain perkhidmatan hospitaliti dan juga VIP. TGE terdiri daripada L’Officiel, The Art Newspaper, projek filem dan hiburan. Secara kolektif, TGE ialah portfolio perniagaan media dan hiburan terpelbagai dan juga portfolio harta tanah premium global. Selain itu, TGE merupakan pengurus penaja syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC), dengan SPAC pertamanya berjaya mengumpul modal dan ditetapkan harganya pada 18 Disember 2025.

Pernyataan Safe Harbor

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan yang mungkin merupakan pernyataan "pandang ke hadapan" menurut peruntukan "safe harbor" dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian A.S. 1995. Pernyataan pandang ke hadapan ini boleh dikenal pasti melalui terminologi seperti "akan," "menjangkakan," "meramalkan," "bermatlamat," "masa depan," "berhasrat," "merancang," "percaya," "menganggarkan," "berkemungkinan untuk" dan pernyataan yang serupa. Pernyataan yang bukan fakta sejarah, termasuk pernyataan mengenai kepercayaan, rancangan dan jangkaan AMTD IDEA Group, AMTD Digital dan/atau The Generation Essentials Group, ialah pernyataan pandang ke hadapan. Pernyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang ada. Maklumat lanjut berhubung risiko ini dan risiko lain disertakan dalam pemfailan AMTD IDEA Group, AMTD Digital dan The Generation Essentials Group dengan SEC. Semua maklumat yang diberikan dalam siaran akhbar ini adalah setakat tarikh siaran akhbar ini, dan tiada satu pun daripada AMTD IDEA Group, AMTD Digital dan The Generation Essentials Group menanggung apa-apa kewajipan untuk mengemas kini mana-mana pernyataan pandang ke hadapan, kecuali sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang yang dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Untuk AMTD IDEA Group:
Pejabat IR
AMTD IDEA Group
EMEL: [email protected]

Untuk AMTD Digital Inc.:
Pejabat IR
AMTD Digital Inc.
EMEL: [email protected]

Untuk The Generation Essentials Group:
Pejabat IR
The Generation Essentials Group
EMEL: [email protected]

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4864256_MS64256_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI