fbpx
Wanna Ali berkongsi khabar gembira mengenai kandungannya yang kini memasuki trimester ketiga.

25 minggu mengandungkan cinta kami – Wanna Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bakal menimang cahaya mata sulung, pelakon Wanna Ali berkongsi khabar gembira mengenai kandungannya yang kini memasuki trimester ketiga.

Wanna atau Nor Syazwana Mohd. Ali, 29, berkata, transisi kehidupan manisnya dapat dilihat sepanjang setahun mendirikan rumah tangga dengan suami, Khairil Amri Khalia.

“Dalam tempoh setahun lebih sahaja, Allah telah menulis semula tentang seluruh hidup saya.

“Dari merisik, bertunang, bernikah dan kini si kecil kami sedang membesar di dalam rahim saya. 25 minggu mengandungkan cinta (anak) kami.

“Dalam masa tiga bulan, bukan lagi hanya tentang awak dan saya, tetapi kami,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Anak kepada penerbit drama, Datuk Ayu Puteh itu turut bersyukur berpeluang melalui fasa kehamilan yang indah.

Menurut Wanna, masa berlalu dengan begitu pantas, namun semua ini dirasakan sudah diaturkan Allah dengan sempurna.

“Masa berlalu terlalu cepat, namun setiap detik terasa seperti telah dirancang dengan penuh ketentuan Ilahi.

“Saya tidak akan mengubah walau satu pun. Buat suamiku, sejujurnya saya tidak tahu siapa diri saya tanpa kamu.

“Alhamdulillah atas cinta ini, keluarga ini dan keajaiban ini. Terima kasih, ya Allah. Sesungguhnya Allah Maha Besar,” ujarnya.

Wanna juga memuat naik video perjalanan pertemuan awalnya bersama suami sehingga mereka ke gerbang perkahwinan.

Turut dikongsikan kepada khalayak adalah bahagian ‘baby bump’ serta beberapa rakaman momen ketika menjalani pemeriksaan kandungan di klinik.

Terdahulu, Wanna dan Khairil Amri disatukan pada 9 Februari tahun lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN