PEKAN – “Dulu saya gembira ada tanah dan chalet sendiri tetapi kini semuanya sudah berada dalam laut.” Demikian kata Edde Firdaus Abdul Aziz, 46, yang kehilangan satu hektar tanah susulan kejadian hakisan di Nenasi di sini. Lelaki yang juga dikenali sebagai Pak Yus itu berkata, dia membeli tanah seluas 1.4 hektar berharga RM350,000 sebelum membangunkan chalet Kekunang pada tahun 2016. Bagaimanapun, lebih separuh atau satu hektar daripada tanah miliknya lenyap menjadi laut dan kini keluasannya tinggal kurang daripada 0.4 hektar.……














