fbpx
AARON (kanan) dan Wooi Yik terus mempamerkan aksi konsisten apabila mara ke suku akhir Terbuka India. - SHIDDIEQIIN ZON

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka India yang berlangsung di New Delhi.

Pada aksi pusingan kedua di Indira Gandhi Arena sebentar tadi, naib juara Terbuka Malaysia itu tidak berdepan kesukaran menewaskan Takumi Nomura-Yuichi Shimogami dari Jepun 21-9, 23-21.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, beregu No.2 dunia itu menampilkan aksi cukup dominan menerusi serangan-serangan dilakukan sebelum memastikan kemenangan dalam tempoh 32 minit.

Aaron-Wooi Yik berada dalam landasan terbaik untuk mengulangi pencapaian musim lalu di mana mereka berjaya melangkah ke separuh akhir pada kejohanan Jelajah Dunia Super 750 itu.

Menjelang aksi suku akhir esok, juara Asia itu dijadualkan bertemu beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan yang menewaskan gandingan profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Atas kertas, Aaron-Wooi Yik memiliki peluang cukup cerah untuk melangkah ke separuh akhir apabila memenangi kesemua empat pertemuan menentang gandingan Taiwan itu sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN