fbpx
Gambar hiasan

Sekali bersin sama kelajuan 160km/j, kalau tahan boleh pekak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan menahan bersin dengan cara memicit hidung dan menutup mulut yang dianggap sopan oleh sesetengah individu, sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kepala serta leher.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, tabiat menahan bersin terutama ketika berada di pejabat atau mesyuarat boleh menyebabkan tekanan udara tinggi ‘meletup’ kembali ke dalam tubuh.

“Ramai yang rasa malu untuk bersin kuat. Jadi mereka tutup mulut rapat-rapat dan picit hidung, bersin ‘di dalam’. Nampak sopan, tetapi dari sudut perubatan ia sangat berbahaya,” menurut PHM.

PHM menjelaskan, satu bersin boleh bergerak pada kelajuan sehingga 160 kilometer sejam (km/j) dengan tekanan udara yang sangat kuat bagi menyingkirkan kuman, habuk dan bahan asing daripada sistem pernafasan.

Bagaimanapun, PHM berkata, apabila semua laluan keluar udara iaitu hidung dan mulut ditutup, tekanan tersebut tidak dapat dilepaskan malah ia akan berpatah balik ke dalam badan dikenali sebagai ‘backfire’.

“Ia boleh pecah gegendang telinga dan menyebabkan pekak serta-merta. Selain itu kesannya boleg koyakkan saluran tekak, udara bocor masuk ke celah tisu leher serta akibatkan salur darah mata pecah dan mata jadi merah menyala.

“Jangan jadi terlalu sopan sampai sanggup cederakan diri. Kalau rasa nak bersin, lepaskan sahaja. Cuma pastikan anda bersin pada siku atau tisu bukan sembur kat muka bos (orang lain),” pesan PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI