fbpx
Ahmad Zahid berucap pada Simposium Politik Era Digital 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam. - Foto oleh IQBAL ROSLI

Pintu sentiasa terbuka buat bekas pemimpin UMNO – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – UMNO sentiasa membuka ‘pintu’ kepada semua bekas pemimpin untuk kembali menyertai parti itu semula.

Menegaskan perkara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu sentiasa mengalu-alukan kepulangan bekas pemimpin pada bila-bila masa.

“Kami sentiasa membuka pintu untuk kepulangan mereka,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid ketika ditanya mengenai kehadiran bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ke Persidangan Pemuda UMNO, beliau berkata, ia adalah atas jemputan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh dam ia telah direstui.

“Ia atas jemputan Ketua Pemuda UMNO dan saya telah memberikan restu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI