fbpx
Gambar hiasan

Misi Global Sumud Flotilla 2.0 mula cari sukarelawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gerakan Sumud Nusantara mula mencari sukarelawan bagi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0)

Menurut kenyataan di media sosial Sumud Nusantara Official, ia sebagai persiapan untuk lebih daripada 100 buah bot bagi menjayakan misi berkenaan.

“Dalam beberapa minggu dan bulan yang akan datang, kami akan membuat persiapan untuk lebih daripada 100 buah bot bagi misi GSF 2.0.

“Sekiranya anda mempunyai pengalaman yang relevan serta kelapangan masa, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda dalam pasukan kami,” kata kenyataan itu, hari ini.

Antara posisi yang ditawarkan adalah mekanik juruelektrik kapten kapal dan kru kapal berpengalaman.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Kerajaan Madani akan terlibat secara langsung dalam misi GSF 2.0 yang bakal membabitkan penyertaan lebih 80 negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menerima kunjungan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, Datuk Sani Araby, baru-baru ini di Perdana Putra.

Turut serta pada pertemuan itu adalah Ketua Aktivis Kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia bersama Pengasas Sumud Nusantara, Nadir Al-Nuri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN