fbpx
Gambar hiasan

Lelaki tipu bank buat pinjaman didenda RM14,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang bekas ejen insurans didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu sebuah bank dan menggunakan dokumen palsu bagi pinjaman bank bernilai RM150,000 lapan tahun lalu.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Ahmad Nadzri Ab Razak, 39, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan yang didakwa ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama lapan bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan pilihan pertama, tertuduh didakwa telah menipu sebuah bank bagi tujuan membuat permohonan pinjaman khas yang ditawarkan kepada pekerja sebuah agensi untuk meluluskan pinjaman berjumlah RM150,000.

Bagi pertuduhan pilihan kedua, tertuduh telah menipu menggunakan dokumen antaranya penyata gaji, penyata akaun bank dan surat pengesahan majikan serta pas pekerja yang tertuduh ketahui ia adalah suatu dokumen palsu.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di daerah Wangsa Maju di sini antara 1 September 2018 hingga 31 Oktober yang didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Terdahulu peguam, Subash Ramasamy yang mewakili tertuduh, merayu supaya anak guamnya dikenakan denda pada kadar minimum kerana perlu menyara tiga anak berusia 11, lapan dan lima tahun bersama isteri.

“Niatnya hanya mahu membuat pinjaman bank ekoran kesempitan wang. Kes ini menjadi titik hitam pertamanya, jadi selepas ini dia mahu membuka lembaran baharu untuk menjadi seorang insan lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak memohon mahkamah mengenakan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesalahan sama di masa depan.

“Walaupun terdesak mahu mendapatkan pinjaman, namun dia perlu melakukan perkara yang betul,” katanya.

Mengikut fakta kes, pengadu yang merupakan pegawai bank telah membuat laporan polis selepas menerima aduan daripada seorang kakitangan agensi terbabit pada 24 Jun 2020, yang menerima surat yang dialamatkan kepada individu yang tidak bekerja di agensi itu.

Hasil siasatan pihak bank, mendapati tertuduh yang bukan kakitangan agensi terbabit telah menipu pihak bank untuk mendapatkan pinjaman RM150,000 dan kelulusan pinjaman yang dipohon tertuduh.

Tertuduh telah menggunakan dokumen seperti surat pengesahan majikan, penyata gaji, pas pekerja dan penyata akaun bank yang disertakan kepada pihak bank adalah tidak benar.

Tertuduh telah ditangkap pada 20 November 2023, dan hasil siasatan pihak polis mendapati tertuduh seorang yang disenarai hitam ingin membuat pinjaman RM30,000.

Ia yang mana yang sebelum permohonan pinjaman dibuat tertuduh dilakukan oleh seorang lelaki yang telah menguruskan dan mengubah suai dokumen permohonan pinjaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI