fbpx
Salah seorang mangsa yang ditemui rentung dalam kejadian kebakaran kilang memproses minyak di Kampung Olak Lempit di Banting semalam. - Foto oleh IHSAN JBPM

[VIDEO] Kilang minyak terbakar: Tiga mangsa ditemukan rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANTING – Seramai tiga mangsa dijumpai rentung dalam kejadian kebakaran kilang pemprosesan dan pengurusan sisa minyak di Kampung Olak Lempit di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, ketiga-tiga mangsa dijumpai ketika proses ‘overhaul’ dilakukan.

“Setakat ini, tiga mangsa yang ditemukan rentung,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Setakat ini identiti ketiga-tiga mangsa masih belum dikenal pasti.
Terdahulu, sebuah kilang pemprosesan dan pengurusan sisa minyak di Kampung Olak Lempit terbakar malam tadi dengan proses pemadaman masih berjalan setakat ini.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor mengesahkan menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran itu pada pukul 10.03 malam.

Susulan kejadian itu, sebanyak enam jentera dengan kekuatan 37 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN