fbpx
NURUL DAMIA ASYIQIN menunjukkan salinan laporan polis serta peralatan IUCD yang telah tersalah pasang ke dalam badannya di Pekan Nanas, Pontian hari ini. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI / KOSMO!

JKNJ tubuh Jawatankuasa Khas siasat insiden kecuaian doktor pasang IUCD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil maklum mengenai satu berita yang tular di media sosial pada 12 Januari lalu berkaitan dakwaan isu pemasangan Intrauterine Contraceptive Device (IUCD) di Klinik Kesihatan Pekan Nanas, Pontian,

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Mokhtar Pungut@Ahmad, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah menjalankan siasatan susulan aduan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada 23 Disember 2025.

Katanya, hasil siasatan mendapati pesakit terlibat telah menjalani prosedur pemasangan IUCD oleh seorang Pegawai Perubatan pada 19 Disember 2025 di Klinik Kesihatan Pekan Nanas.
“Bagaimanapun, selepas prosedur tersebut, pesakit dilaporkan mengalami komplikasi dan telah dirujuk ke Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan serta pemantauan lanjut.

“JKNJ memandang serius insiden ini, khususnya apabila ia melibatkan keselamatan pesakit dan kepercayaan orang awam terhadap perkhidmatan kesihatan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mokhtar berkata, sehubungan itu, satu Jawatankuasa Siasatan khas telah ditubuhkan bagi meneliti kes tersebut secara menyeluruh, termasuk pematuhan prosedur serta garis panduan klinikal yang ditetapkan.

Tambahnya, sebarang tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan dapatan hasil siasatan yang sedang dijalankan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan hasrat seorang ibu muda, Nurul Damia Asyiqin Ayub, 27, memasang alat pencegahan kehamilan (IUCD) bertukar detik hitam dalam hidupnya apabila terpaksa menanggung kesakitan akibat kesilapan pasukan perubatan memasang alat berkenaan di sebuah klinik di Pekan Nenas di sini, akhir tahun lalu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia membuat keputusan itu bagi menjarakkan kelahiran anak selepas habis tempoh berpantang melahirkan anak ketiga.

Susulan itu, dia terpaksa menanggung derita kesakitan seolah-olah perutnya seperti mahu terburai sebelum dia membuat keputusan membuat imbasan sinar-X (X-ray) di sebuah klinik swasta di Pekan Nenas di sini dan melaku pembedahan mengeluarkan peralatan tersebut dibuat pada 2 Januari lalu.

Pasukan perubatan memaklumkan apendiks Nurul Damia telah pecah, usus besar dan kecil telah luka selain rahim telah bocor serta tidak boleh melahirkan secara normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN