fbpx
GAMBAR fail Donald Trump. - Foto AFP

Iran ancam bunuh Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Iran mengeluarkan ancaman mengerikan terhadap Presiden Donald Trump semalam dengan menyiarkan gambar ketua negara Amerika Syarikat (AS) berkenaan semasa cubaan membunuhnya di perhimpunan Butler, negeri Pennsylvania pada 2024, lapor portal berita New York Post.

Menurut AFP, ancaman disiarkan di televisyen milik kerajaan Iran disertakan dengan kata-kata: “Kali ini sasaran tidak akan tersasar.”

Ia merupakan ancaman paling langsung setakat ini oleh Tehran terhadap Trump susulan kenyataan berulang beliau bahawa Amerika akan menyerang negara itu jika ia meneruskan tindakan keras yang kejam terhadap para penunjuk perasaan anti-kerajaan.

Iran pernah mengeluarkan ancaman untuk membunuhnya sebelum ini.

Ia termasuk menerusi sebuah video pada tahun 2022 yang dimuat naik oleh rejim itu yang menggambarkan cubaan membunuh Trump di padang golf Mar-a-Lago, Florida miliknya menjelang pilihan raya 2024.

Video tersebut kembali tular susulan penahanan bakal pembunuh, Ryan Routh yang ditangkap ketika cuba menyasarkan Trump di padang golf yang sama.

Jabatan Kehakiman turut menyatakan bahawa pada 2024, Amerika berjaya menggagalkan rancangan pembunuhan Trump diketuai oleh Tehran selepas penahanan Farhad Shakeri yang didakwa ditugaskan oleh Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran untuk membunuhnya bagi pihak rejim, menurut dokumen mahkamah.

Selain sepanduk anti-Trump, para peserta yang menghadiri perhimpunan pro-kerajaan terbaharu di Iran turut kedengaran melaungkan slogan ‘Mati kepada Amerika’ sambil menyatakan ikrar sokongan mereka terhadap Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. 

Perhimpunan pro-rejim itu bertujuan untuk cuba melemahkan bantahan meluas terhadap Tehran yang berterusan sejak 28 Disember tahun lalu susulan kegagalan ekonomi negara tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN