fbpx
Anggota APM membantu seorang wanita yang dijumpai terapung di Sungai Kelantan dekat Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN APM

Ingatkan ikan besar, rupanya wanita dihanyut arus Sungai Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Keterujaan dua pemancing yang menyangka ikan bersaiz besar menghampiri mereka terbantut apabila mendapati ia rupa-rupanya wanita yang dihanyutkan arus Sungai Kelantan.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, Engku Aris Raja Yaacob, 68, bersama seorang rakan pada awalnya tersenyum lebar kerana menyangka rezeki besar datang bergolek sebelum terkejut wanita yang masih bernyawa.

Engku Aris berkata, rakannya memaklumkan mangsa yang berpakaian lengkap dalam keadaan tenggelam timbul.
“Saya bergegas menaiki bot rakan dan mengheret tangan wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu ke tebing yang terletak kira-kira 100 meter.

“Pada masa sama, saya melihat wanita itu masih bernyawa sebelum membawanya naik ke tebing,“ katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Engku Aris berkata, sebaik tiba di tebing sungai yang terletak enam kilometer dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, wanita terbabit berada dalam keadaan lemah dengan mata tertutup rapat.

Sementara itu, Pegawai Unit Marin Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Kelantan, Mansor Ab.Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9 pagi sebelum anggota APM bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

Menurutnya, wanitaitu yang dipercayai berasal dari Tumpat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan. Mangsa berada dalam keadaan separuh sedar selepas dibawa naik ke tebing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN