fbpx
Izwan (dua dari kanan) bersama Soh Wai Ching (dua dari kiri) pada acara pendakian ke Menara Merdeka 118 semalam.

CEO PNBMV ketuai acara pendakian ke puncak Menara Merdeka 118

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bersempena sambutan Hari Naik Tangga Kebangsaan semalam, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV) telah menjemput Juara Dunia Larian Menara, Soh Wai Ching, untuk mengetuai pendakian ke puncak atau spire Menara Merdeka 118.

Pendakian ini disertai 20 peserta, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNBMV, Datuk Ir. Ts. Izwan Ibrahim, barisan ketua jabatan serta beberapa pemegang taruh utama di presint Merdeka 118.

Menara Merdeka 118 yang berketinggian 678.9 meter itu menampilkan puncak menara setinggi 160 meter.

Mengulas mengenai acara tersebut, Izwan menjelaskan, pendakian  bersama Soh Wai Ching mencerminkan semangat kumpulan peserta dari segi disiplin, ketahanan dan usaha berpasukan untuk terus mara

“Di Merdeka 118, kami percaya setiap kemajuan bermula dengan satu langkah. Kami juga teruja untuk mengalu-alukan pengunjung ke The View at 118, yang bakal
menjadi dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara,” katanya dalam kenyataan.

The View at 118 yang dijangka  dibuka pada suku ketiga 2026, bakal menjadi tarikan
baharu yang akan menawarkan pemandangan 360 darjah Kuala Lumpur serta pengalaman berintensiti tinggi seperti Edge Walk dan Spire Climb, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan global yang menarik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI