fbpx
Gambar hiasan

Budak 10 tahun mencuri: Bapa direman 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang penganggur direman selama dua hari bermula hari ini susulan dipercayai
mengajar serta memaksa anak lelakinya berusia 10 tahun mencuri di beberapa premis perniagaan di sekitar daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan R Premkumar berkata, perintah reman berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Elizabeth Low di Mahkamah Majistret Jelebu, hari ini.

“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 380/109 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan kejadian berkenaan terbongkar susulan kejadian kecurian terbaharu yang dilaporkan oleh penyelia sebuah pasar raya di Bahau kira-kira pukul 11.45 pagi membabitkan peket minuman atas arahan bapa kandung berusia 34 tahun.

Semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod kesalahan jenayah dan dadah termasuk kesalahan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak dan selain satu rekod individu dikehendaki pada tahun 2021.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar membabitkan insiden kecurian berkenaan di mana suspek serta anaknya sudah berada di luar premis perniagaan berkenaan di Bahau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI