fbpx
BOM jenis aerial seberat 227 kilogram dijadualkan untuk dimusnahkan pada pukul 8 pagi ini.

Bom aktif seberat 227kg ditemui di tapak projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Sebutir dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua seberat 227 kilogram dan masih aktif ditemui di kawasan tapak projek Golden Valley di Kampung Air Panas Bemban, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan objek disyaki bom itu kira-kira pukul 3 petang melalui panggilan telefon yang diterima oleh Balai Polis Bemban.

“Bom tersebut ditemui seorang pekerja tapak projek berusia 52 tahun ketika dia menjalankan kerja-kerja mengorek tanah di kawasan berkenaan.
“Susulan laporan itu, pemeriksaan awal telah dijalankan oleh Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan awal mengesahkan objek berkenaan adalah bom jenis aerial seberat 227 kilogram yang dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua.

“Bom berkenaan mempunyai ukuran lilitan antara 27 hingga 36 sentimeter dengan panjang kira-kira 45 inci.

“Bom tersebut masih aktif dan berada dalam keadaan berkarat dan ia dijadualkan untuk dimusnahkan pada pukul 8 pagi ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan orang ramai dan kawasan sekitar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN