fbpx
Fadhlina pada Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2026 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1), hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Agihan BAP dijangka selesai minggu ini – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dijangka dapat diselesaikan dalam minggu ini, namun tempoh sedikit lebih panjang diberikan khususnya melibatkan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kelonggaran tempoh itu juga mengambil kira sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan murid ramai, selain minggu persekolahan baru sahaja bermula.

“Kita sebenarnya harap dapat selesaikan dalam minggu ini juga, tapi memang kita bagi masa tempoh lebih sedikit kerana ada sekolah-sekolah yang agak jauh ke pedalaman, itu mungkin memerlukan masa sedikit untuk diuruskan.
“Begitu juga dengan sekolah-sekolah yang agak ramai (murid) dan juga minggu persekolahan ini baru bermula, tetapi saya ingat semua seluruh negara setakat ini mengikut laporan daripada Dr. Azam semua berjalan dengan lancar,” katanya.

Fadhlina berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas Program PAKAT Kurikulum Prasekolah & Kurikulum Prasekolah (Pendidikan Khas) 2026 dan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2026 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, menerusi sesi berkenaan, beliau turut mendengar pandangan daripada ibu bapa tentang harapan mereka berhubung pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026.

“Ahamdulillah tadi sesi berlangsung dengan sangat baik, banyak maklum balas yang kita dapat termasuk maklum balas secara atas talian sebenarnya tadi mengenai harapan mereka tentang kurikulum prasekolah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI