fbpx
Skuad Harimau Malaya diramal berdepan laluan berliku pada kempen Piala ASEAN 2026 nanti.

Piala ASEAN 2026: Jodoh Harimau Malaya, Thailand ‘kuat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jodoh Harimau Malaya cukup kuat apabila sekali lagi diundi bersama seteru tradisi, Thailand dalam Kumpulan A kejohanan Piala ASEAN 2026 yang dijadual berlangsung pada 24 Julai hingga 26 Ogos depan.

Pertembungan itu boleh dianggap sebagai ulangan edisi 2026 selain Kumpulan B dilengkapkan dengan tiga negara lagi negara serantau, Filipina, Myanmar dan Laos.

Sementara itu, juara bertahan, Vietnam pula diundi bersama Singapura, Indonesia, Kemboja dan pemenang aksi play-off antara Brunei dan Timor Leste pada sesi undian yang berlangsung di Jakarta, sebentar tadi.

Sebagai rekod, skuad negara kendalian Peter Cklamovski berdepan tekanan hebat apabila menggalas harapan untuk menamatkan penantian 16 tahun selepas kali terakhir bergelar juara ‘Asia Tenggara’ pada edisi 2010.

Pada edisi 2024, skuad negara yang ketika itu dibimbing oleh Pau Marti Vicente terkandas di peringkat kumpulan dengan Thailand dan Singapura lolos ke separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI