fbpx
GAMBAR HIASAN

Wanita tidur dalam kereta dipukul, dicabul lelaki menyamar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dipukul dan dicabul lelaki yang menyamar sebagai anggota polis ketika tidur di dalam keretanya di hadapan sebuah pasar raya di Medan Idaman, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.42 tengah hari.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi ketika mangsa berusia 22 tahun sedang berehat di dalam kenderaannya.

“Suspek berkenaan telah membuka pintu kereta mangsa dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum bertindak menutup mulut mangsa serta memegang bahagian sulitnya.

“Mangsa yang ketakutan telah menjerit menyebabkan suspek bertindak menumbuk mata kiri mangsa sehingga menyebabkan kecederaan dan bengkak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Lazim berkata, suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan melakukan perbuatan cabul.

“Pihak polis sedang giat mengesan suspek dan kes masih dalam siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI