fbpx
Tangkap layar memaparkan seorang warga Bosnia mengibarkan Jalur Gemilang.

[VIDEO] ’Macam tahu-tahu kita orang Malaysia, terus datang kibar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki warga Bosnia mengibarkan Jalur Gemilang ketika melihat pelancong dari Malaysia melawat Sarajevo, Bosnia mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video di Threads oleh @symrsmdi_, kelihatan lelaki berusia tersebut dengan ceria mengibarkan bendera Malaysia di hadapan kedainya sejurus melihat rombongan pelancong tersebut.

“Comel saja pak cik Bosnia ni kibarkan bendera Malaysia. Macam tahu-tahu saja kita orang Malaysia. Kalau singgah Saravejo, Bosnia, jangan lupa singgah kedai pak cik ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya terharu dengan sikap mesra lelaki berkenaan, selain ada yang turut berkongsi pengalaman sama ketika berkunjung ke Bosnia.

“Pak cik ni memang mesra dan dia boleh kenal orang Malaysia dari jauh,” komen Munzir.

“Dia sudah merasa perang Bosnia 1991 hingga 1996 dan tahu Malaysia dan Tun Mahathir banyak membantu Bosnia ketika itu,” kata Mizan Wahidi.

“Alhamdulillah Malaysia terkenal di Bosnia disebabkan Tun Mahathir meleraikan peperangan Bosnia yang menjadi mangsa Sarajevo yang zalim tidak berperikemanusiaan,” komen Tajul Hakma. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN