fbpx
Tangkap layar video seekor monyet disesak dengan diikat kedua tangannya ke belakang oleh individu tidak bertanggungjawab.

[VIDEO] ‘Apa masalah manusia sampai sekejam itu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seekor monyet ‘diseksa’ oleh individu tidak bertanggungjawab dengan mengikat dua tangannya ke belakang, mengundang kemarahan pengguna media sosial.

Menerusi satu rakaman video tular di media sosial, monyet berkenaan melompat di atas tong sampah dan kemudian ke atas pokok, sebelum ia turun dan melompat ke kereta.

Kejadian itu dirakam di sebuah perumahan, namun tidak diketahui lokasi monyet tersebut.

Difahamkan, video itu dimuat naik pada akaun TikTok sebelum seorang wanita dikenali sebagai Shima Aris berkongsinya semula pada akaun Instagramnya.

“Ini tak lawak, sesiapa tahu maklumat lokasi monyet ini? Kami sudah mesej pemilik akaun TikTok itu, tetapi tiada balasan,” katanya pada kapsyen.

Orang ramai turut marah dengan kejadian itu, selain berharap mereka yang melakukan perbuatan berkenaan turut dikenakan hukuman.

“Ya Allah, nak terkeluar jantung aku tengok perangai manusia macam syaitan ni. Turun lah bala kat manusia kejam kat haiwan ni,” komen pengguna Instagram Amelia Rosley.

“Apa masalah manusia hari ini sampai sekejam itu,” kata Tsyehra.

“Jahatnya manusia. Biarpun orang cakap monyet perosak, tapi ia mana ada akal. Sampai hati buat macam tu. Kucing pun bingung tengok,” kata Istmeeraaa. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shima Aris (@shimaaris)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI