fbpx
Zulkifli

Tidak kompromi usaha normalisasi LGBT, jelas langgar undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang usaha menormalisasi budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini memandangkan ia jelas merupakan satu kesalahan di bawah undan- undang sedia ada.

Menterinya, Dr. Zulkifli Hasan berkata, pelanggaran undang-undang itu termasuk peruntukan Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Seksyen 25 serta Kanun Keseksaan Seksyen 377A, 377B, 377C dan 377D yang memperuntukkan kesalahan berkaitan seks luar tabii.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik pembatalan penganjuran acara songsang ‘Glamping With Pride’.

“Sepertimana yang telah ditegaskan sedari awal, pihak kami tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang usaha menormalisasi budaya LGBT di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Selain itu, katanya, pihaknya juga menjunjung kasih Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj atas keprihatinan baginda dan mengucapkan tahniah pada polis Jabatan Agama Islam Negeri Selangor atas tindakan pantas dan tegas.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan tentangan dan bantahan keras terhadap sebarang aktiviti songsang melibatkan LGBT dengan menitahkan agar tindakan tegas diambil terhadap sebarang aktiviti melibatkan golongan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN