fbpx

Rokid Percepat Pengembangan Runcit Global dengan Pelancaran Seluruh Asia dan Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK, 14 Januari 2026 /PRNewswire/ — Rokid, iaitu perintis bagi interaksi manusia-komputer dan kaca mata pintar dikuasakan AI, mengumumkan pengembangan global yang dipercepat bagi saluran runcit luar taliannya dan turut memperlihatkan langkah dalam usaha membawa Rokid Glasses dan Rokid Ai Glasses Style lebih dekat dengan pengguna di seluruh dunia melalui destinasi beli-belah premium di seluruh Asia dan juga Eropah.


Pengembangan ini dicapai susulan daripada momentum global yang kukuh selama setahun untuk Rokid dan kejayaan penutupan CES 2026 baru-baru ini yang didorong oleh prestasi pendanaan awam yang memecah rekod, penerimagunaan ekosistem yang semakin berkembang dan minat pengguna yang semakin meningkat terhadap kaca mata AI kegunaan harian yang praktikal.

Memperluas Kehadiran Runcit Global

Sebagai sebahagian daripada strategi saluran runcitnya, Rokid telahpun memasuki beberapa lokasi komersial berprofil tinggi:

  • United Kingdom (November): Pada November 2025, Rokid memasuki Selfridges, salah satu gedung serbaneka yang paling berprestij di UK yang menyaksikan pencapaian penting dalam pengembangan runcit dan kedudukan saluran premium Rokid di Eropah.


  • Filipina (Disember): Rokid membuka secara rasminya kedai pepulau sementara di SMX Mall of Asia (MOA), iaitu salah satu pusat beli-belah yang terbesar di Asia. Kedai ini mula beroperasi pada 21 Disember 2025 yang menyaksikan salah satu kehadiran runcit luar talian Rokid yang utama di Asia Tenggara.
  • Taiwan, China (Disember): Rokid turut menembusi pasaran Taiwan pada Disember 2025, menerusi kempen pendanaan awam pada platform zeczec yang melangkaui NT$62 juta dan menduduki tempat No. 1 dalam semua kategori pada tahun 2025 serta menjadi salah satu daripada 10 projek biayaan Teratas dalam sejarah platform ini.
  • Hong Kong, China (Januari): Rokid melancarkan kedai imej jenama melalui kolaborasi bersama Optical 88 yang terletak di pusat beli-belah SOGO Kai Tak. Kedai ini akan dibuka buat julung kalinya di atrium pusat mulai 6 Januari hingga 20 Januari, kemudian beralih ke lokasi tetap di aras 3 bermula pada 21 Januari di salah satu hab runcit yang paling terkenal di Hong Kong.

Rokid Ai Glasses Style 

Rokid Ai Glasses Style merupakan sebahagian daripada barisan kaca mata AI Rokid yang sedia digunakan oleh pengguna yang direka untuk menonjolkan keselesaan, personalisasi dan kebolehgunaan harian. Produk ini merupakan alternatif praktikal kepada kaca mata pintar Meta Ray-Ban untuk kegunaan harian, membawakan faktor bentuk berorientasikan fesyen yang ringan (38.5g) dan menyokong interaksi AI global bebas tangan, terjemahan pada masa nyata dan juga bantuan pintar melalui pendekatan ekosistem terbuka.

  • Reka bentuk lebih ringan: Dengan berat 38.5g, Style mengutamakan keselesaan dalam tempoh jangka panjang untuk kegunaan harian.
  • Capaian AI global: Pembantu AI dan terjemahan masa nyata tersedia di seluruh wilayah-wilayah melalui ekosistem berbilang-LLM terbuka daripada Rokid.
  • Sokongan preskripsi komprehensif: Rokid menawarkan salah satu penyelesaian kanta preskripsi yang paling lengkap dalam kategori ini yang menyokong beraneka jenis keperluan penglihatan.
  • Kelebihan harga: Rokid Ai Glasses Style bermula pada harga AS$299, dengan pilihan terberkas pada harga AS$389, memberi kedudukan kepadanya jauh di bawah konfigurasi Meta Ray-Ban setanding, lalu mengurangkan halangan untuk pengguna meneroka kaca mata AI untuk kegunaan harian.

Rokid Ai Glasses Style menembusi pasaran pengguna secara rasminya pada 19 Januari 2026, memperkukuh portfolio Rokid di samping kaca mata pintar AI & AR andalannya dan turut memperteguh komitmen syarikat dalam menjadikan peranti boleh pakai AI boleh dicapai melalui saluran dalam talian dan juga saluran luar talian.

Memantapkan Kehadiran Runcit Global

Pengaktifan runcit di seluruh Asia dan Eropah menggambarkan strategi Rokid yang lebih luas untuk menggabungkan pengalaman runcit fizikal dengan kebolehlihatan jenama global, seterusnya membolehkan pengguna mencuba sendiri kaca mata AI melalui demonstrasi langsung dan juga interaksi berpandu.

Inisiatif-inisiatif ini turut menyokong visi jangka panjang Rokid untuk meluaskan penerimagunaan antarabangsa, meningkatkan perkhidmatan setempat dan memperkukuh perkongsian bersama peruncit yang terkemuka di seluruh dunia.

"Pengembangan ke persekitaran runcit premium merupakan langkah yang amat penting dalam menjadikan kaca mata AI sebahagian daripada kehidupan seharian," kata Yuanfang Long, Ketua Operasi Global di Rokid. "Dengan menjalin kerjasama bersama destinasi beli-belah terkemuka dan rakan kongsi optik merentas wilayah-wilayah, kami dapat mencipta lebih banyak peluang untuk pengguna menikmati sendiri Rokid Glasses dalam suasana dunia nyata dan memahami bagaimana AI boleh pakai dapat disesuaikan secara semula jadi dalam rutin harian mereka."

Latar Belakang Rokid 

Ditubuhkan pada tahun 2014, Rokid ialah perintis global bagi realiti terimbuh (AR) dan AI yang memfokuskan untuk mencipta kaca mata pintar berpusatkan manusia yang mengintegrasikan kecerdasan ke dalam kehidupan seharian dengan lancar. Sebagai salah satu penginovasi terawal dalam industri ini, syarikat ini diiktiraf secara meluas sebagai yang pertama menyediakan kaca mata pintar dengan capaian AI global berciri terbuka yang mengupayakan ciri terjemahan masa nyata dan interaksi AI merentas platform dan wilayah.

Rokid menawarkan perkhidmatan kepada pengguna, pembangun dan pengguna perusahaan pada peringkat global serta menjadi tuan rumah kepada komuniti pembangun XR yang terbesar di China, dengan lebih 20,000 pembangun berdaftar dan 5,000 rakan perusahaan. Diiktiraf atas kecemerlangan kejuruteraan dan reka bentuk, Rokid menerima CES Innovation Award selama tiga tahun berturut-turut dan German iF Design Award sebanyak lima kali.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://global.rokid.com/

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4861990_MS61990_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI