fbpx
Gambar hiasan janaan AI.

NGO guna sekolah tahfiz kutip derma tak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan terdapat sekumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mengambil kesempatan mengutip derma tidak sah menggunakan sekolah tahfiz.

Pengerusinya, Datuk Salehuddin Saidin berkata, NGO terbabit menggunakan alasan kebajikan masyarakat untuk kemudahan sekolah tersebut namun sebenarnya lebih kepada kepentingan sendiri.

Justeru, katanya, proses pemutihan sekolah tahfiz di Selangor akan diteruskan bagi memastikan pematuhan piawaian yang telah ditetapkan pihaknya dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kita hendak mengelakkan perkara sebegini daripada berterusan. Baru-baru ini, kita dapat tahu bahawa ada sekumpulan kecil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak
bertanggungjawab mengutip derma atas alasan kebajikan kepada masyarakat.

“Murid daripada sekolah yang tidak mematuhi piawaian akan dipindahkan ke institusi lain supaya tidak terabai. Alhamdulillah, jumlah sekolah tahfiz swasta di Selangor mencukupi untuk ibu bapa menghantar anak mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perutusan Pengerusi MAIS bagi tahun 2026 dan Pelancaran Buku Hala Tuju Kelestarian Hal Ehwal Islam Selangor 2025 di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI