fbpx
Keadaan sebuah universiti swasta yang terlibat dalam kejadian letupan gas isnin lalu.

Letupan gas universiti: Penuntut koma, alami pendarahan dalam otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penuntut lelaki dilaporkan koma selepas terlibat dalam insiden letupan gas di kawasan penyelenggaraan sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan serius melibatkan pendarahan dalam otak serta retakan pada tengkorak kepala.

Menurut beliau, mangsa kini masih belum sedarkan diri dan berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Dua lagi mangsa yang masih menerima rawatan ialah seorang penyelia kontraktor berusia 54 tahun dan seorang pekerja kantin universiti tersebut, warga Indonesia berusia 22 tahun.

“Penyelia kontraktor terbabit berada dalam keadaan separuh sedar dengan kecederaan serius termasuk terdapat serpihan besi di dalam badan dan sedang menunggu untuk menjalani pembedahan di HKL.

“Sementara itu, pekerja kantin berkenaan masih dirawat di Hospital Sungai Buloh bagi tujuan pemantauan dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, enam lagi mangsa yang turut cedera dalam kejadian tersebut telah dibenarkan keluar selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, letupan melibatkan gas sistem penghawa dingin telah mengakibatkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL, manakala sembilan individu lain cedera.

Fadil dilapor berkata, mangsa yang maut berusia 24 tahun dan merupakan penuntut universiti swasta berkenaan yang sedang menjalani latihan industri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI