fbpx
Tangkap layar perkongsian orang ramai di Threads.

Jaga-jaga berlari di Putrajaya, ada ‘makhluk’ mengikut…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seekor kucing yang gemar menemani orang ramai yang bersenam di sekitar Putrajaya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @dininazry, wanita tersebut mendakwa sering melihat kucing tersebut mengikuti pelari yang berjoging, khususnya di kawasan berhampiran Kementerian Kewangan (MOF).

“Warga Putrajaya yang berlari malam-malam korang ada perasan kucing satu ini tak dia suka ikut orang lari sekali? Kalau ada gambar tolong hantar. Umi saya nak tengok. Dia comel,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya berkongsi gambar serta pengalaman bersama kucing terbabit ketika berjoging dan berlari di kawasan berkenaan.

“Kak, kata dia suka ikut orang berlari, tetapi kenapa sudah macam lembu saja saya tengok,” seloroh Nitamhmud.

“Jangan bawak lari dia ya. Kucing kami dekat MOF tu,” kata Marlina.

“Si gemuk depan MOF ni bukan main baring atas trek. Ingatkan pelepah daun dari jauh, rupanya dia. Terjerit haritu sebab terkejut,” komen @nniiss.ss – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN