fbpx
FAISAL Halim (kiri) antara pemain yang menyerlah selain wira empat gol, Chrigor Moraes ketika menewaskan Brunei pada Sabtu lalu. - SELANGOR FC

Amaran Kim Pan-gon buat Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon menganggap kejayaan membelasah DPMM FC 5-2 pada Sabtu lalu sebagai titik penting kepada perjalanan kariernya dalam saingan Liga Super.

Jurulatih dari Korea Selatan itu hanya mahu melihat ke arah yang lebih positif dan nekad menjadikannya sebagai sebab utama kepada setiap pemain untuk terus bekerja keras.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu sebelum ini mengakui gembira dengan semangat dan komitmen pemain melaksanakan perancangannya, namun tetap memberi amaran supaya kekal dengan kemahuan tinggi untuk memacu The Red Giants ke arah lebih baik.

“Kami menentang pasukan lawan yang berkualiti dan cukup kuat hingga memperoleh kemenangan. Sudah pasti saya berasa gembira (kemenangan ke atas DPMM FC), namun ini adalah langkah awal untuk lebih ke depan.

“Perjalanan yang perlu Selangor harungi masih lagi panjang dan kami tidak boleh cepat berpuas hati. Kami kena merendah diri dan fikirkan cara untuk terus berkembang,” katanya.

Ketajaman jentera serangan Selangor menghadirkan rasa kagum dalam kalangan peminat dan magis Pan-gon pastinya terus ditagih bagi membina pasukan lebih kukuh.

Selepas mengharungi 14 perlawanan, Selangor kini berada di tangga keempat Liga Super, kurang satu mata berbanding Kuala Lumpur City FC di tempat kedua sekali gus memberi harapan besar bagi memburu slot ke peringkat Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN