KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Januari 2026 /PRNewswire/ — AGIBOT, sebuah syarikat robotik terkemuka yang memfokuskan kepada kecerdasan terjelma (embodied intelligence), hari ini mengumumkan pelancaran rasmi operasinya di Malaysia. Pelancaran inisekali gus menandakan permulaan siri inisiatif strategik AGIBOT di seluruh rantau Asia Pasifik sepanjang tahun 2026.

(dari kiri ke kanan): YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; Encik Abel Deng, Presiden Rantau Asia Pasifik & Timur Tengah, AGIBOT; dan Tan Sri Lim Kim Hong, Pengerusi I-Berhad.
Majlis pelancaran bersejarah ini telah berlangsung di i-City, Selangor, dan dihadiri oleh barisan kepimpinan kanan AGIBOT bersama pegawai kerajaan Malaysia, rakan strategik, pelanggan serta wakil media. Acara ini mengukuhkan komitmen jangka panjang AGIBOT untuk membina kerjasama strategik serta memacu pembangunan automasi di Malaysia dan rantau Asia Pasifik.
Kepimpinan Industri AGIBOT – Dinobatkan No. 1 Dunia bagi Penghantaran dan Pegangan Pasaran Robot Humanoid pada 2025
Ditubuhkan pada tahun 2023, AGIBOT diasaskan dengan visi jelas yang tercermin pada namanya, iaitu membangunkan robot untuk era Kecerdasan Umum Buatan (Artificial General Intelligence atau AGI). Berbeza daripada mesin satu fungsi, AGIBOT memberi tumpuan kepada pembangunan robot pintar terjelma yang mampu belajar, menyesuaikan diri dan berkembang dalam persekitaran dunia sebenar.
Sepanjang tahun lalu, AGIBOT telah mencapai beberapa pencapaian penting yang mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam bidang robot humanoid dan kecerdasan terjelma. Antaranya termasuk pengeluaran humanoid ke-5,168 secara besar-besaran, sekali gus membuktikan keupayaan pembuatan bertaraf industri serta kesediaan komersial berskala besar.
AGIBOT turut memajukan teknologi AI terjelma melalui pembelajaran pengukuhan dunia sebenar (real-world reinforcement learning), membolehkan robot dilatih dan digunakan secara langsung dalam persekitaran pengeluaran fizikal.
Hasilnya, AGIBOT telah dinobatkan sebagai syarikat No. 1 dunia oleh Omdia. Menurut laporan Omdia General-Purpose Embodied Intelligent Robot 2026, AGIBOT mendahului pasaran global dari segi penghantaran dan pegangan pasaran robot humanoid pada tahun 2025, dengan lebih 5,100 unit dihantar dan menguasai 39% pasaran global.
"AGIBOT telah mencatat kemajuan ketara dalam meningkatkan pengeluaran besar-besaran serta aplikasi praktikal robotik terjelma sepanjang tahun lalu. Pencapaian ini memuncak dengan pengeluaran humanoid ke-5,000 kami pada penghujung tahun," kata Deng Taihua, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AGIBOT.
"Pelancaran AGIBOT di Malaysia hari ini mencerminkan komitmen kami untuk membawa pengeluaran berskala besar dan penggunaan praktikal robotik terjelma kepada pelanggan di rantau ini," tambah beliau.
AGIBOT dan I-Berhad Lancar Pusat Pengalaman AI & Robotik Pertama di Malaysia
Majlis pelancaran AGIBOT pada 13 Januari 2026 turut menyaksikan pembukaan rasmi AI World Experience Centre di i-City, yang telah dirasmikan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Pusat ini dibangunkan melalui kerjasama strategik bersama I-Berhad, salah sebuah syarikat pelaburan dan pembangunan hartanah terkemuka di Malaysia serta pemaju utama i-City. Melalui kerjasama ini, teknologi robotik dan AI terjelma bertaraf dunia milik AGIBOT telah diterapkan merangkumi sektor hartanah, hospitaliti, pelancongan serta kehidupan bandar harian di i-City — bandar digital terkemuka Malaysia.
Pada masa yang sama, kerjasama ini turut memberi penekanan kukuh terhadap kesejahteraan manusia dan jangka hayat sihat, di mana AI dan robotik dimanfaatkan bukan sahaja untuk produktiviti dan automasi, malah untuk pengoptimuman kesihatan dan kualiti hidup. AI World merupakan fasa pertama dalam kerjasama jangka panjang antara AGIBOT dan I-Berhad.

Abel Deng (邓丰先生), Presiden Rantau Asia Pasifik & Timur Tengah, AGIBOT semasa sesi pembentangan pada majlis pelancaran.
"Pembinaan dan pelancaran Pusat Pengalaman AI & Robotik pertama di Malaysia ini menandakan penutup fasa awal kerjasama kami dengan i-City, dengan perancangan pembangunan lanjut pada tahun akan datang," kata Abel Deng, Presiden Rantau Asia Pasifik & Timur Tengah, AGIBOT.
"Pelancaran ini juga merupakan yang pertama daripada beberapa inisiatif strategik yang akan kami perkenalkan di seluruh rantau Asia Pasifik sepanjang tahun 2026 dan seterusnya."
"Kami yakin inisiatif strategik antara AGIBOT dan I-Berhad ini akan menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi hab inovasi AI serantau melalui pembangunan bersepadu merangkumi teknologi, tadbir urus, bakat, infrastruktur dan pelaburan," kata Tan Sri Lim Kim Hong, Pengerusi I-Berhad.
Portfolio Robotik AGIBOT dan Aplikasi Komersial
AGIBOT menawarkan portfolio robotik yang menyeluruh dan pelbagai, direka untuk pelbagai aplikasi dunia sebenar. Barisan produk AGIBOT merangkumi:
- Siri AGIBOT A2 – humanoid bersaiz penuh untuk interaksi multimodal dan navigasi autonomi dalam ruang pameran dan pembentangan berpandu
- Siri AGIBOT X2 – humanoid bersaiz kompak separa tinggi yang mampu berinteraksi secara semula jadi, berjalan seperti manusia dan melakukan pergerakan ekspresif untuk hiburan, penyelidikan dan pendidikan
- Siri AGIBOT G2 – robot terjelma bertaraf industri dengan manipulasi kawalan daya berketepatan tinggi untuk persekitaran perindustrian
- Siri AGIBOT D1 – robot berkaki empat berkeupayaan mobiliti tinggi untuk pemeriksaan dan operasi dalam persekitaran kompleks
- AGIBOT C5 – robot pembersihan lantai komersial autonomi dengan navigasi pintar untuk fasiliti berskala besar

(dari kiri ke kanan): Encik Abel Deng, Presiden Rantau Asia Pasifik & Timur Tengah, AGIBOT; Encik Daniel Jiang, Rakan Kongsi dan Presiden Bersama AGIBOT; Encik Deng Taihua, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AGIBOT; YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; Tan Sri Lim Kim Hong, Pengerusi I-Berhad; YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; Dato’ Eu Hong Chew, Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas I-Berhad.
Robot AGIBOT digunakan dalam lapan aplikasi komersial utama, termasuk perkhidmatan sambut tetamu dan hospitaliti, hiburan dan persembahan komersial, pembuatan pintar, penyusunan logistik, keselamatan dan rondaan, pengumpulan data dan latihan, serta penyelidikan saintifik dan pendidikan.
Melalui penggunaan meluas merentas pelbagai industri, AGIBOT merealisasikan potensi AI terjelma dengan memacu peningkatan industri, mentransformasi proses perkhidmatan dan pengeluaran, serta menyokong agenda transformasi digital secara menyeluruh.
– Tamat –
Mengenai AGIBOT
AGIBOT komited untuk memacu inovasi melalui integrasi AI dan robotik dengan menghasilkan produk robot terjelma serba guna bertaraf dunia serta rangkaian aplikasi yang menyeluruh. Berteraskan falsafah "1 Badan Robotik + 3 Kecerdasan", AGIBOT merupakan peneraju industri dalam menawarkan portfolio produk lengkap yang boleh digunakan merentasi pelbagai senario aplikasi utama.
Untuk maklumat lanjut, sila layari AGIBOT di AGIBOT.com dan ikuti AGIBOT di media sosial.
https://www.facebook.com/AGIBOT.zhiyuan
https://x.com/AGIBOT_zhiyuan
https://www.instagram.com/AGIBOT_
https://www.youtube.com/@AGIBOT-robot
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4863068_MS63068_6














