fbpx
Anggota bomba membantu mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat RKT Kesedar Paloh, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Tiga maut nahas tiga kenderaan di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Tiga maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, tiga daripada enam mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.01 tengah hari dan anggota bomba terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Terdapat tiga mangsa lelaki meninggal dunia, dua lagi lelaki cedera dan seorang wanita cedera. Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, identiti kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas itu masih belum dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN