JAKARTA – Seorang pemilik rumah di Kota Semarang, Jawa Tengah menangkap sepasang lelaki dan perempuan bukan mahram selepas kereta dinaiki mereka dilihat ‘bergoyang’ tanpa henti pada waktu malam, lapor laman berita Detik.
Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 malam (waktu tempatan) di Jalan Taman Tlogomulyo Gang IV baru-baru ini.
Pemilik rumah dikenali sebagai Bagas, 21, berkata, tangkapan itu dibuat selepas dia melihat sebuah kereta putih bergoyang di pekarangan kediamannya.
“Saya baru pulang dari bengkel dan mendapati kereta itu diletakkan di tepi rumah saya. Saya cuba mengintai dari tingkap dan menemukan seorang lelaki dalam keadaan tanpa pakaian.
“Saya marah kerana rumah saya dijadikan sebagai tempat membuat maksiat,” kata Bagas.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @informasiseputarsemarang menunjukkan kereta itu beredar dari tempat kejadian.
“Sudah tua masih gatal,” kata seorang netizen.














