PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang bersusah payah menanggalkan pembalut buku jenis bergam bagi buku teks anaknya mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di Threads oleh @chebyha, kelihatan wanita tersebut cuba menarik pembalut buku bergam itu secara perlahan-lahan demi memastikan buku teks tersebut tidak koyak.
“Kali ni terkena dekat saya. Menjengkelkan betul sampul (pembalut buku) ni. Dah tarik perlahan-lahan, tetapi ada juga kesan koyak,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut berkongsi pengalaman sama.
“Belum lagi jumpa ibu bapa yang balut buku guna stapler. Kena pula stapler yang sudah berkarat, habis buku berlubang,” komen Izzati.
“Adoi, memang menyakitkan hati bila pembalut jenis gam macam ni. Tarik perlahan pun tetap ada kesan koyak,” kata Athirah Ls.
“Kadang-kadang orang pakai pembalut macam tu sebab dapat buku teruk, jadi nak selamatkan untuk tidak bertambah buruk. Awak balut saja macam biasa, tidak perlu buka,” komen @nrml1698 – KOSMO! ONLINE














