fbpx
Bekas Panglima Tentera Darat dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya 8 Januari lalu bagi permohonon reman terhadapnya untuk membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender perolehan Tentera Darat. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Reman bekas PTD berakhir esok, lanjut atau tidak bergantung siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Reman bekas pegawai kanan Tentera Darat yang tamat esok sama ada akan dilanjutkan atau tidak bergantung kepada perkembangan siasatan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, masih berbaki satu hari lagi meneliti hasil siasatan semasa bersama pegawai penyiasat sebelum reman berakhir.

“Saya tak boleh beri anda konfirmasi kerana kita masih ada satu hari dan saya perlu periksa dengan penyiasat saya. Kerana sebenarnya kita ada 14 hari… esok baru tujuh hari. Bergantung, jika mereka (pegawai penyiasat) memerlukan lebih banyak masa maka kita akan meneruskan untuk mendapatkan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan Universiti HELP, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azam berkata pihaknya akan memaklumkan status terkini penyiasatan terhadap suspek berkenaan pada Khamis ini, 15 Januari.

“Saya akan beritahu anda semua pada 15 Januari,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mahkamah membenarkan perintah reman selama tujuh hari sehingga 14 Januari (esok) terhadap bekas pegawai tinggi Tentera Darat bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan tender perolehan, manakala dua isterinya turut direman mengikut tempoh berasingan.

Kes tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan lebih besar melibatkan rangkaian kartel tender perolehan TDM, termasuk penahanan beberapa pengarah syarikat sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN