fbpx
Gambar hiasan.

Rasuah papan iklan, tanah: Siasatan babit bekas menteri masih berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah wang kira-kira RM5 juta serta kereta mewah melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara masih berjalan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagaimanapun enggan mendedahkan identiti bekas menteri tersebut atau butiran lanjut berkaitan siasatan itu.

Katanya, sidang media akan diadakan pada 15 Januari ini untuk memberikan perkembangan terkini merangkumi tempoh sejak tahun lali hingga awal tahun ini.

“Siasatan masih berjalan dan belum selesai,” katanya ringkas selepas ditemui dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan HELP University di sini, hari ini.

Sebelum ini, berdasarkan maklumat diterima SPRM, bekas menteri berkenaan telah menerima wang kira-kira RM5 juta berkenaan daripada satu syarikat pemaju.

Selain menerima kereta mewah berjenama Lamborghini daripada satu syarikat pembuat papan iklan.

Bekas Menteri berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi dirakam keterangan dan siasatan sedang diperingkat untuk mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.

Bagi kes tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini digazetkan untuk pembinaan surau telah dipindah milik kepada satu syarikat proksi.

Dalam pada itu, seramai 16 saksi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemlik syarikat telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan terhadap kedua-dua kes berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI