fbpx
GAMBAR menunjukkan poster Piala Dunia 2026. - AGENSI

Puluhan ribu peminat batal tiket Piala Dunia 2026, bimbang ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Berpuluh-puluh ribu peminat membatalkan tiket mereka ke Piala Dunia 2026 sepanjang hujung minggu lalu ekoran kebimbangan terhadap tahap keselamatan, protes politik, dan isu hak asasi manusia di Amerika Syarikat, sehingga mendorong FIFA menjadualkan satu mesyuarat tergempar minggu ini, lapor laman berita TicketNews.

Menurut Royal News, sekitar 16,800 pemegang tiket telah membatalkan tiket Piala Dunia mereka dalam tempoh semalaman.

Pembatalan itu antara lain, berpunca daripada gerakan boikot yang tular di media sosial dengan peminat dari luar negara menyatakan, mereka menarik diri kerana bimbang akan keselamatan dan berasa tidak selesa dengan iklim politik di Amerika Syarikat masa kini.
​Memandangkan FIFA mempunyai dasar ‘tiada pembatalan’ yang ketat bagi tiket yang telah dijual, angka tersebut berkemungkinan mencerminkan individu yang membatalkan penyertaan mereka dalam fasa ketiga jualan tiket iaitu sama ada melalui proses pemilihan ‘cabutan rawak’ atau pembelian melalui organisasi ahli.

Hantaran dengan tanda pagar #BoycottWorldCup kini rancak dikongsi ketika peminat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hala tuju kejohanan tersebut.

Rakyat Amerika Syarikat dan peminat bola sepak di seluruh dunia menyeru para pemegang tiket untuk mempertimbangkan semula kehadiran mereka ‘sehingga rejim Presiden Donald Trump berakhir’.

Susulan laporan pembatalan besar-besaran tersebut, FIFA dilaporkan menjadualkan satu mesyuarat minggu ini bagi membincangkan situasi tersebut, termasuk kebimbangan keselamatan peminat, penurunan komitmen pembelian tiket, serta isu reputasi memandangkan tarikh kejohanan yang semakin hampir.

Setakat ini, FIFA belum mengeluarkan agenda rasmi, namun mesyuarat tersebut akan menghimpunkan barisan pegawai kanan, wakil persatuan ahli, dan penganjur kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN