fbpx
KIM SWEE (kiri) bersama barisan pelatih baharu NFDP yang melapor diri di AMD, Gambang kelmarin. - FAM

NFDP bukan projek ‘mee segera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGARAH Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Datuk Ong Kim Swee tidak tertarik untuk mendapatkan ‘produk mee segera’, sebaliknya lebih tertumpu kepada perancangan jangka masa panjang.

Selepas menerima 39 pelatih baharu berusia 13 tahun, Kim Swee menjelaskan beliau dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melakukan pedekatan sewajarnya untuk membentuk pemain lebih berkualiti berkelas antarabangsa.

“FAM akan memainkan peranan yang cukup penting di mana saya harap pemain ini dapat mewakili negara, bukan satu atau dua tahun, sebaliknya lima, enam atau pun 10 tahun akan datang,” katanya.

Bagi memastikan program pembangunan itu mencapai kehendak yang diperlukan, perubahan barisan kejurulatihan kini sudah pun dilakukan dengan beberapa bekas pemain kebangsaan dipilih bagi setiap peringkat umur.

Bekas penolong ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Shukor Adan menjadi antara perubahan menarik dilakukan apabila bakal mengemudi skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-16, sambal dibantu oleh Lim Chan Yew, Kuizwan Johari serta jurulatih penjaga gol, Farizal Harun.

Skuad AMD B-17 akan dilatih oleh Noor Zaidi Rohmat dengan dibantu penolong ketua jurulatih, Armi Sharif dan bekas anak didik Kim Swee ketika dalam Harimau Muda, Syahrul Azwari Ibrahim.

Di peringkat lebih bawah, Hassan Sazali Waras akan melatih AMD B-13, Rusdi Suparman bakal mengetuai AMD B-14 manakala mantan pengendali Selangor FC, Petaling Jaya City dan skuad B-16 negara, P. Maniam dipilih melatih AMD B-15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN