fbpx
Sebahagian badan ular sawa berada di atas meja makan dan sebahagian lagi di bawah tumpukan pakaian. - Istimewa

Misteri bunyi geseran 2 pagi terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pemilik sebuah rumah di Kota Bangkalan, wilayah Jawa Timur tidak menyangka bahawa bunyi geseran misteri yang mengganggu tidurnya sebenarnya datang daripada seekor ular sawa yang melingkar di bawah tumpukan pakaian, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Menurut Abdurrouf, dia terjaga daripada tidur sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) kelmarin sebelum membuat keputusan untuk menghubungi bomba.

Hasil pemeriksaan bomba menemukan seekor ular sawa sepanjang 5 meter melingkar di bawah tumpukan pakaian, dengan sebahagian badannya di atas meja makan.

“Selepas diperiksa, kami mendapati terdapat seekor ular sepanjang 4 meter hingga 5 meter dan beratnya kira-kira 20 kilogram,” kata Ketua Jabatan Bomba Agensi Ketenteraman Awam Bangkalan, Moch Arif Mahmud.

“Semasa pemindahan, ular itu tidak menunjukkan sebarang pergerakan agresif dan agak tenang, menjadikannya lebih mudah bagi anggota bomba untuk meletakkannya di dalam guni yang disediakan,” tambah Arif. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI