fbpx
Amirudin berkata, kaedah tradisional ternakan babi terbukti mencemarkan bau dan air sungai sebelum ini.

Ladang babi: Di Bukit Tagar, kita pastikan tiada pencemaran – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penternakan babi secara tradisional di Selangor akan ditamatkan segera dan digantikan dengan sistem moden sebaik pusat penternakan baharu di Bukit Tagar, Hulu Selangor beroperasi tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kaedah tradisional terbukti mencemarkan bau dan air sungai sebelum ini.

“Di tempat baharu (di Bukit Tagar), kita akan pastikan tidak berlaku lagi pencemaran di kawasan sungai. Selagi kita tidak menamatkan pengurusan tradisional ini, selagi itu pencemaran akan berterusan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Amirudin berkata, beberapa buah negara telah mengamalkan penternakan moden tanpa sebarang isu pencemaran yang merupakan jawapan sebenar kepada masalah penternakan babi selama ini.

“Saya tegaskan sekali lagi bahawa jumlah babi yang ada di Bukit Tagar hanya cukup untuk keperluan dalam negeri sahaja dan bukannya untuk dieksport. Data awal daripada veterinar menunjukkan ada kira-kira 100,000 ekor babi yang diternak di Selangor, iaitu hanya 30 peratus daripada keperluan dalam negeri ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN