fbpx
KOMBINASI gambar daripada video milik Southcom yang disiarkan pada 15 Disember 2025  menunjukkan serangan tentera AS ke atas tiga bot membawa dadah. – AFP/SOUTHCOM

Jet perang Amerika menyamar pesawat komersial 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Jet tentera Amerika Syarikat (AS) menyamar sebagai pesawat awam untuk menyerang sebuah bot yang didakwa mengangkut dadah pada tahun lepas, dalam serangan yang membunuh 11 orang, lapor New York Times hari ini.

Tindakan  itu melanggar undang-undang konflik bersenjata antarabangsa, yang melarang jet tentera ‘berpura-pura status awam bagi mengelirukan musuh’.

Serangan AS itu diumumkan Presiden Donald Trump dalam hantaran media sosial pada 2 September 2025. Trump berkata, serangan itu menyasarkan anggota organisasi jenayah Tren de Aragua yang beroperasi di bawah kawalan Nicolas Maduro

Menurutnya, geng dadah itu bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai, penyeludupan dadah, pemerdagangan seks dan tindakan keganasan lain.

Jet perang itu dicat menyerupai pesawat awam dengan peluru disembunyikan di dalam fiuslaj dan bukannya dibawa secara jelas di bawah sayap,  lapor New York  Times.

White House mengesahkan serangan dilakukan secara ‘double tap’ dengan menyerang bot tersebut sebanyak dua kali.

“Dua orang yang terselamat daripada serangan awal kelihatan melambai ke arah pesawat yang menyamar  itu sambil berpaut pada serpihan sebelum pihak tentera membunuh mereka dalam serangan kedua,” demikian menurut akhbar berkenaan.

Sekurang-kurangnya 107 orang terbunuh dalam sekurang-kurangnya 30 serangan sejak September tahun lalu, dengan 19 serangan berlaku  di Pasifik Timur, enam di Caribbean, dan lima lagi di lokasi yang tidak diketahui. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN