fbpx
Kokain yang dirampas dibahagikan kepada 294 bungkusan berasingan. - EPA

Ingatkan garam, rupanya kokain 10 tan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Polis Sepanyol melakukan rampasan kokain terbesar selepas memintas sebuah kapal kargo membawa hampir 10 tan dadah itu, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Narkotik itu disembunyikan dalam kargo garam di luar Kepulauan Canary.

Kapal tersebut dikatakan memulakan pelayaran di Turkiye sebelum mengambil dadah tersebut  di Brazil dan belayar menuju ke Sepanyol.

Sebahagian kokain itu dilaporkan menuju ke Huelva, barat daya tanah besar Sepanyol, dengan sebahagian lagi untuk dihantar ke Kepulauan Canary.

Pasukan elit polis menahan kesemua 13 krun kapal dan merampas senjata api semasa serbuan tersebut.

Polis mengeluarkan rakaman menunjukkan anggota-anggotanya mengawal kru  yang ditahan. Mereka terdiri daripada warga India, Turkiye dan Serbia.

Menurut polis, kokain yang dirampas memiliki berat kira-kira 10 tan dan dibahagikan kepada 294 bungkusan berasingan. Nilainya dianggarkan sekitar £500 juta (RM2.7 bilion)

Menurut polis, ia merupakan rampasan kokain terbesar di laut oleh pasukan polis.

Polis Sepanyol percaya kumpulan penjenayah Serbia yang berpengaruh adalah dalang di sebalik penyeludupan itu.

Mereka cuba memindahkan kokain dari Amerika Selatan ke Eropah untuk diedarkan kepada pelbagai organisasi jenayah. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN