LAS VEGAS, 10 Januari 2026 /PRNewswire/ — Sebagai acara teknologi global ulung yang memulakan tahun baharu, CES (Pameran Elektronik Pengguna) dibuka secara besar-besaran di Las Vegas yang menghimpunkan produk-produk inovatif daripada beribu-ribu syarikat teknologi di seluruh dunia. Ia berperanan sebagai platform utama bagi memperkenalkan kemajuan terkini dalam teknologi masa depan. Membuat penampilan sulungnya di CES, InfiMotion Technology, pembekal Cina yang menyediakan produk pemacu elektrik, mempersembahkan EDU rintisnya, lantas memperlihatkan keupayaan inovasi globalnya dalam seni bina voltan tinggi, bahan ringan dan integrasi sistem. Ini menyaksikan langkah yang penting dari segi bagaimana pembuatan pintar Cina memperkasakan rantaian bekalan kenderaan elektrik bermutu tinggi yang bertaraf global.
Tiga produk yang dipamerkan oleh InfiMotion mewakili lonjakan yang besar dalam inovasi bahan, integrasi sistem, platform voltan tinggi dan kecekapan—kesemuanya direka untuk memperkasakan generasi kenderaan elektrik pintar seterusnya dengan prestasi dan penjimatan tenaga yang luar biasa.
Sistem Dwimotor Aloi Magnesium-Aluminium Berprestasi Tinggi
Membawakan penutup aloi magnesium-aluminium ultra-ringan yang inovatif, produk ini memberikan kuasa puncak 340kW dengan berat hanya 109.5 kg, lalu mencapai ketumpatan kuasa sebanyak 3.1 kW/kg. Sudahpun dikeluarkan secara besar-besaran dan dipasang atur dalam model-model seperti Galaxy M9 dan Lynk & Co 900, ia menggabungkan kawalan pemvektoran tork bagi mendayakan "pusingan tangki gaya-waltz".
Dwipemacu Elektrik Sepaksi Berprestasi Tinggi 900V dengan Penutup Aloi Magnesium
Dengan menggunakan konfigurasi planet sepaksi, produk ini mencapai kecekapan CLTC 92.4% pada voltan kendali melebihi 750V, dengan kejayaan ketumpatan kuasa sebanyak 5.69 kW/kg. Dengan aloi magnesium ini, beratnya berkurangan sebanyak 30%. Teknologi pendinginan minyak mendalam proprietari daripada InfiMotion untuk stator dan juga rotor meningkatkan prestasi haba, lalu membolehkan lebih 80 pecutan pendikit penuh secara berturut-turut tanpa penurunan prestasi.
Pemacu Elektrik Kawalan Domain 12-dalam-1 Ultra-Bersepadu
Dengan mengintegrasikan 12 modul teras termasuk motor, pengurang, MCU, VCU, BMS, DC-DC dan sebagainya, EDU berasaskan IGBT 400V ini mencapai kecekapan CLTC 90% dengan jumlah berat kurang daripada 79.8 kg. Penyelesaian ini sudahpun digunakan pada Geely Galaxy E5.
Sebagai rakan kongsi teknologi global yang berakar umbi di China, InfiMotion mewujudkan sistem hujung ke hujung daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) hinggalah penghantaran pengeluaran besar-besaran dan sedang berkolaborasi rapat dengan jenama-jenama automotif arus perdana dan mewah di seluruh dunia bagi membentuk masa depan mobiliti elektrik.
Latar Belakang InfiMotion Technology
InfiMotion Technology mendapat tempat sebagai penyedia penyelesaian komponen dan sistem pemacu elektrik tindanan penuh, dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembuatan yang komprehensif bermula daripada komponen hingga sistem peringkat tertinggi. Ibu pejabatnya terletak di Wuxi, China, dengan lima pangkalan pembuatan pintar dan enam pusat R&D di seluruh dunia.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4859856_MS59856_6















