SHENZHEN, China, 14 Januari 2026 /PRNewswire/ — Huawei Digital Power mengadakan Pelancaran 10 Arah Aliran Teratas PV Pintar & ESS 2026 yang bertemakan "Pembentukan Grid Semua Senario, Menyerlahkan AI dan Melakar Kecemerlangan: Memajukan Tenaga Boleh Baharu sebagai Sumber Tenaga Utama." Eric Zhong, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Barisan Produk PV Pintar & ESS, Huawei Digital Power, mendedahkan arah aliran ini berserta kertas putih yang disertakan yang memberikan pandangan dan laluan praktikal untuk mempercepat PV, angin dan sistem storan tenaga (ESS) sebagai sumber tenaga utama dalam sistem kuasa boleh baharu sekali gus menggalakkan pembangunan industri yang berkualiti tinggi.
Zhong menyatakan bahawa ketika ini industri ini memasuki fasa penciptaan nilai yang lebih mendalam, beralih daripada inovasi titik tunggal kepada kemajuan bersepadu. Dengan memanfaatkan kepakarannya dalam PV dan storan tenaga, Huawei melancarkan 10 arah aliran teratas.
Arah Aliran 1: Sinergi PV+angin+ESS Akan Membolehkan Tenaga Boleh Baharu Menjadi Sumber Kuasa Boleh Diramal, Boleh Dikawal dan Stabil
Loji PV+angin+ESS berskala utiliti pada masa akan datang haruslah memiliki lima ciri teras: dua tonggak (penjanaan kuasa dan kos yang stabil dan boleh dikawal) dan tiga elemen (operasi bebas dengan 100% tenaga boleh baharu, kolaborasi pintar pautan penuh serta keselamatan dan kualiti tinggi sepanjang kitaran hayat).
Arah Aliran 2: ESS Pembentuk Grid Akan Menjadi Sokongan Utama bagi Memastikan Kestabilan dan Keseimbangan Grid Kuasa
ESS pembentuk grid menjadi semakin merata. Ia melancarkan turun naik dalam penjanaan kuasa boleh baharu, meningkatkan kestabilan bekalan kuasa, mengambil bahagian dalam pasaran tenaga serta menyediakan perkhidmatan sampingan seperti pengaturan frekuensi dan pengurangan beban puncak.
Arah Aliran 3: Sinergi Penjanaan-grid-beban-storan Akan Memacu Autonomi Serantau dan Penyelarasan Bekalan Kuasa Global
Teknologi penghantaran pintar dikuasakan AI memungkinkan kolaborasi yang mendalam dan penyelarasan yang cekap antara penjanaan kuasa, grid, beban dan ESS.
Arah Aliran 4: Dalam Senario PV+ESS Kediaman, Peralihan didayakan-AI kepada natif-AI, Membawakan Pengalaman Tenaga Optimum
Dalam senario PV+ESS kediaman, produk-produk berkembang daripada yang didayakan-AI kepada natif-AI. AI diterapkan sepenuhnya dalam fasa reka bentuk, pengalaman dan O&M, beralih melangkaui strategi asas penggunaan kendiri maksimum kepada strategi proaktif dengan pengalaman tenaga optimum.
Arah Aliran 5: Frekuensi dan Ketumpatan Tinggi Akan Memacu Peningkatan Ketumpatan Kuasa Peranti PV+ESS
Ketumpatan kuasa pada penyongsang PV dan PCS dijangka akan meningkat sebanyak lebih 40% dalam beberapa tahun akan datang. Hal ini akan meningkatkan kualiti dan kecekapan sistem PV+ESS dengan ketara.
Arah Aliran 6: Voltan Tinggi dan Keandalan Akan Memacu Pengurangan LCOE
Kebingkasan voltan yang lebih baik dalam komponen utama serta bahan penebat dapat mempercepat peralihan menuju seni bina voltan tinggi. Sementara itu, langkah-langkah keselamatan beralih daripada respons reaktif kepada pencegahan proaktif.
Arah Aliran 7: Bateri ≠ ESS, Pengurusan Bateri Peringkat Sistem Penting untuk Operasi Selamat dan Stabil
Teknologi digital dimanfaatkan untuk mengurus bateri daripada sel ke sistem dengan tepat dan andal. Hal ini penting untuk kapasiti nyahcas yang lebih tinggi, keselamatan yang dipertingkat, tempoh guna yang lebih lama dan O&M ESS dipermudah yang menjadi keperluan asas untuk ESS yang berkualiti tinggi.
Arah Aliran 8: Sistem Teknologi Pembentuk Grid Matang Akan Mempercepat Pembinaan Sistem Tenaga Boleh Baharu
ESS pembentuk grid berkembang daripada "pengikut pasif" kepada "arkitek aktif" pada grid kuasa. Teknologi pembentuk grid beralih melangkaui peranan fungsi tunggal menuju aplikasi sistematik yang diintegrasikan secara mendalam.
Arah Aliran 9: Ejen AI Akan Mendayakan Automasi Loji Janakuasa Boleh Baharu
Ejen AI akan diintegrasikan ke dalam loji tenaga boleh baharu pada kadar yang semakin meningkat. Sinergi awan-pinggir-peranti akan membantu mencapai automasi loji janakuasa.
Arah Aliran 10: Pengkuantitian Keselamatan Akan Memacu Penambahbaikan Keupayaan Keselamatan Dalam Industri Storan Tenaga
Keselamatan ESS beralih daripada pemeriksaan berasaskan sampel kepada penilaian peringkat sistem yang komprehensif dalam kitaran hayat keseluruhan. Dengan mentakrifkan penunjuk keselamatan boleh ukur dan terus-menerus meningkatkan keupayaan bagi memenuhi keperluan terkadar, akhirnya industri ini dapat menyelesaikan isu-isu yang wujud sejak dahulu lagi.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4862013_MS62013_6















