fbpx
Sajat memuat naik gambar kenangan di hadapan rumahnya di Seksyen 10, Petaling Jaya yang berjaya dilelong pada harga RM3.73 juta, semalam.

Goodbye rumah, terima kasih atas segalanya – Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usahawan dan personaliti media sosial, Nur Sajat Kamaruzzaman menzahirkan rasa sedih apabila mengetahui rumah yang pernah menjadi tempat berteduhnya suatu ketika dahulu kini telah dijual.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Sajat mengakui kediaman tersebut menyimpan terlalu banyak kenangan sukar untuk dilupakan, namun menerima perkara itu sebagai ketentuan rezeki.

“Bila saya dapat tahu rumah ini telah dijual, hati ini sedih tapi saya reda. Mungkin itu bukan lagi rezeki saya,” tulisnya.
Bagaimanapun, Sajat berkata, dia tetap berasa bangga kerana pernah memiliki rumah tersebut hasil usaha mencari rezeki yang halal.

Menurutnya, walaupun hanya seketika, rumah berkenaan mempunyai makna besar dalam hidupnya dan setiap sudut kediaman itu masih jelas dalam ingatan.

“Hari ini saya ucapkan selamat tinggal. Rumah hanyalah bentuk, tetapi kenangan akan kekal hidup,” katanya.

Dalam masa sama, Sajat turut menzahirkan harapan untuk memiliki kediaman yang lebih baik pada masa hadapan, meskipun tidak perlu besar, asalkan cukup untuk memberi ketenangan dan kebahagiaan.

“Goodbye rumah. Terima kasih atas segalanya,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan baglo milik usahawan kontroversi itu akhirnya berjaya dilelong pada harga RM3.73 juta, semalam.

Banglo dua tingkat yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya, itu berjaya dibida oleh salah seorang daripada empat pembida.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang ejen hartanah dikenali sebagai Ishaq Marazi, di media sosial miliknya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN