fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

‘Cikgu, anak saya buat apa tu dalam kelas?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Cikgu, anak saya buat apa tu dalam kelas?”

Itu soalan yang dikemukakan seorang penjaga mengenai keadaan anaknya yang berada sebuah pusat pembelajaran.

Tangkap layar pertanyaan itu dikongsikan seorang lelaki @Muhd.hayyi di media sosial miliknya sehingga menimbulkan pelbagai pendapat.
Menerusi hantaran berkenaan, @Muhd.hayyi turut bertanyakan kemungkinan tahun kelahiran penjaga berkenaan.

“‘Parent’ macam ni lahir tahun berapa eh?” soalnya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, malah ada yang ‘menuduh’ penjaga berkenaan adalah dalam kalangan generasi milenial.

“Pelik aku, mak bapa macam ni. Anak kau tengah belajar lah. Takkan tengah main snuker,” ujar @Eiyza_89.

“Mak-mak ‘mentel’ (mengada-ngada),” komen netizen yang lain.

“Generasi Z (adalah) cikgu, generasi milenial lah jadi ibu bapa,” kata @Hb.t4chii. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN