![]() |
LAS VEGAS, 13 Januari 2026 /PRNewswire/ — Roborock, peneraju bertaraf global bagi robotik rumah yang direkayasa untuk mempermudah kehidupan seharian, menjadi Jenama Vakum Robotik yang paling banyak menerima anugerah di CES 2026, selepas mengumumkan barisan produk baharunya untuk separuh pertama tahun ini. Berdasarkan tema "Paling Hebat Bertemu Paling Hebat" ("The Greatest Meeting the Greatest"), pembentangan ucaptama oleh jenama ini yang diketuai oleh Presiden Roborock, Quan Gang, memperkenalkan Saros Rover, iaitu vakum robotik pertama di dunia dengan seni bina kaki-roda dikuasakan AI yang boleh memandu arah merentasi tangga dan juga cerun dengan ketangkasan seakan-akan manusia sambil membersihkannya.
Pengumuman yang dibuat turut merangkumkan Roborock Saros 20, Roborock Saros 20 Sonic, Roborock F25 ACE Pro dan Roborock Qrevo Curv 2 Flow. Pelancaran ini berlangsung melalui perkongsian bersama Real Madrid Football Club bagi kategori Pembersih Vakum yang diumumkan sebelum tarikh bermulanya acara ini.
Roborock turut mengumumkan secara berasingan daripada perkongsian Real Madrid berkenaan penembusannya ke pasaran AS untuk produk mesin rumput, termasuk RockMow X1 LiDAR baharu. Pengguna, pelanggan dan pihak yang berminat boleh mengunjungi Reruai Roborock #52632 bertempat di Venetian Expo CES 2026 mulai 6 Januari hingga 9 Januari semasa acara ini.
Roborock Saros Rover – ‘Robovac’ Kaki-Roda Pertama di Dunia
Menerusi pelancaran yang pertama di dunia, Roborock memperkenalkan Roborock Saros Rover di CES 2026 yang menampilkan seni bina kaki dua roda pertama di dunia pada ‘robovac’. Setiap kaki roda menyediakan fungsi jangkauan, angkat, ketinggian dan meniru mobiliti manusia, lalu membolehkan robot ini menaikkan dan menurunkan setiap satu daripada kaki roda secara bebas, melaksanakan lompatan kecil, pusingan tangkas, berhenti secara tiba-tiba dan perubahan arah, kesemuanya sambil mengekalkan badan yang rata apabila permukaan darat berubah.
Pada peringkat perisian, Saros Rover memanfaatkan kuasa algoritma Kecerdasan Buatan, berserta penderia gerakan kompleks dan maklumat ruang 3D bagi memahami persekitaran dan membolehkan kaki rodanya memberikan reaksi dengan tepat.
Saros Rover menunjukkan kecemerlangan di rumah bertingkat-tingkat yang mana ia mampu membersihkan setiap satu anak tangga ketika naik ke tingkat dua, seterusnya mengurangkan zon "larangan" secara mendadak dan beralih ke kawasan pembersihan yang sebelum ini tidak boleh diakses oleh rumah yang hanya mempunyai satu ‘robovac’.
Saros Rover juga berupaya mengendalikan beberapa jenis permukaan tidak rata, dengan tangga menjadi permukaan yang paling ketara. Ini bukan sahaja merangkumkan tangga tradisional tetapi juga tangga melengkung, malah tangga berpermaidani dengan bahagian hadapan pinggulan, kesemuanya sambil membersihkan setiap anak tangga semasa ia melaluinya. Jenis permukaan lain yang mampu ditangani oleh Saros Rover termasuk cerun serta ambang bilik berbilang aras kompleks yang memerlukan ketinggian dan kuasa. Saros Rover ialah produk sebenar yang sedang dibangunkan dengan tarikh pelancaran yang belum disahkan.
Paling Hebat Bertemu Paling Hebat – Roborock dan Real Madrid Football Club berpadu tenaga
Diumumkan beberapa hari sebelum bermulanya acara ini, Roborock mempersembahkan pengaktifan pertamanya di CES dalam perkongsian global yang strategik bersama pasukan First Men dan First Women Real Madrid Football Club yang diberi kedudukan secara meluas sebagai salah satu kelab bola sepak yang paling hebat dalam sejarah. Perkongsian ini dikaitkan semata-mata dengan portfolio produk Pembersih Vakum Roborock yang luas dan tidak termasuk barisan produk lain daripada jenama ini. Berdasarkan tema naungan "Paling Hebat Bertemu Paling Hebat", perkongsian ini bertindak balas kepada perkaitan yang mendalam antara etos jenama kedua-dua organisasi ini yang mencapai prestasi bersejarah yang luar biasa dengan inovasi sebagai penyebut biasa. Perkongsian ini akan menjayakan inovasi pembersihan-pintar Roborock melalui pendedahan stadium, kempen dan penceritaan yang dipimpin oleh pemain yang menterjemahkan erti "Pembersihan Pintar Sebenar" dari padang ke rumah.

Roborock President, Mr Quan Gang, and Real Madrid Football Club’s Director of Institutional Relations, Emilio Butragueño
Barisan Robovac awal 2026 Roborock: Roborock Saros 20, Roborock Saros 20 Sonic dan Roborock Qrevo Curv 2 Flow
Semasa menyampaikan ucaptamanya, Clarbi Lu, ketua pemasaran produk di Roborock memperkenalkan produk pembersih pintar baharu yang dilancarkan pada separuh pertama tahun ini. Mendahului barisan produk ini ialah Roborock Saros 20 dan Roborock Saros 20 Sonic, model-model andalan yang terkini dalam Saros Series. Saros 20 menaik taraf StarSight™ Autonomous System 2.0 dengan pengecaman objek AI yang dipertingkat dan AdaptiLift Chassis 3.0 baharu untuk pendakian ambang yang lebih baik. Saros 20 Sonic menambah RetractSense™ Navigation, badan yang amat nipis dan VibraRise® 5.0 Mopping System. Kedua-duanya menggunakan motor HyperForce® 35,000 Pa dan RockDock® baharu. Qrevo Series turut berkembang dengan Roborock Qrevo Curv 2 Flow.
Rockmow X1 LiDAR, X1, RockNeo Q1 mendahului Pelancaran Mesin Rumput Amerika Utara Roborock
Roborock mengumumkan pengembangannya di Amerika Utara ke dalam kategori mesin rumput menerusi tiga model utama. RockMow X1 LiDAR andalan membawakan Persepsi Persekitaran LiDAR Sentisphere™, tarikan 4WD dan Pengemudian Aktif untuk liputan yang sempurna. Sebagai alternatif, RockMow X1 memanfaatkan navigasi RTK dan VSLAM di samping Sistem Ampaian Dinamik untuk pemotongan tepi yang utama dalam industri ini. Bagi taman yang lebih kecil, RockNeo Q1 aras permulaan menjadikan penjagaan pintar mudah dicapai dengan menggabungkan navigasi RTK + VSLAM dengan Pengelakan Halangan Penglihatan Stereo.
Untuk harga dan ketersediaan, sila hubungi wakil jualan atau komunikasi Roborock tempatan anda.
Latar Belakang Roborock
Roborock ialah jenama pembersih pintar terkemuka yang terkenal dengan penyelesaian pembersih pintarnya. Setelah menjadi jenama pembersih vakum robotik paling laris terjual #1 menurut IDC*, Roborock memperkayakan kehidupan menerusi barisan inovatif pembersih vakum robotik, tanpa kord, basah/kering, mesin rumput robotik dan mesin basuh-pengering. Bertunjangkan pendekatan yang berpusatkan pengguna, penyelesaian dipacu penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami memenuhi pelbagai keperluan pembersihan di berjuta-juta rumah di lebih 170 negara dan wilayah. Beribu pejabat di Beijing dan menerusi subsidiari-subsidiari strategik dalam pasaran-pasaran utama, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Belanda, Poland, Jerman dan Korea Selatan, Roborock mengkhusus untuk meningkatkan kehadiran pasarannya di seluruh dunia. Setakat tahun 2026, Roborock menawarkan perkhidmatan kepada lebih 22 juta isi rumah. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://global.roborock.com/.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4860781_MS60781_6



















